Kepimpinan wanita dalam sejarah gerakan sosial di Malaysia (1900-2020)

Sejarah tidak bergerak linear dan ini membuka ruang untuk menggugat wacana sekaligus dinamika kekuasaan dan hubungan antara lelaki dan wanita dalam hierarki yang berlangsung. Oleh itu, tulisan ini mengambil pendekatan gender dengan fokus khusus pada pendekatan keseliratan kepimpinan (Leadership...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraisah Yusop,, Kartini Aboo Talib @ Khalid,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23718/1/Akademika_94_1_17.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23718/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejarah tidak bergerak linear dan ini membuka ruang untuk menggugat wacana sekaligus dinamika kekuasaan dan hubungan antara lelaki dan wanita dalam hierarki yang berlangsung. Oleh itu, tulisan ini mengambil pendekatan gender dengan fokus khusus pada pendekatan keseliratan kepimpinan (Leadership Labyrinth) Eagly dan Carli bagi mengupas cabaran penyertaan dan kepimpinan wanita dalam ruang awam ini. Latar sejarah ini ditelusuri seawal abad ke-2 sehingga abad ke-21 dibahagikan mengikut fasa-fasa berdasarkan peristiwa penting dengan memberi perhatian terhadap kepimpinan, penyertaan dan pengaruh wanita. Di sini persoalan yang wajar difikirkan bersama iaitu bagaimana wanita dengan cabaran yang berbeza bukan sahaja menjadi objek pembangunan malah memilih wahana dan wacana yang beragam bagi menunjukkan keseliratan itu sendiri tidak bersifat tunggal. Wanita didapati menunjukkan kemampuan kepimpinan mereka sebagai pemimpin kerajaan-kerajaan terawal yang perlahan-lahan peranan ini disempitkan sebagai penyokong gerakan dan ibu rumah tangga. Wanita kemudiannya memimpin organisasi memperjuangkan hak untuk dilayan setara dan suara mereka dilibatkan dalam pembuatan keputusan di peringkat individu dan institusi serta dalam keluarga dan kerajaan. Dengan mengguna pakai pendekatan ini dan metodologi kajian yang bersesuaian dengan tujuan kajian, tulisan ini berupaya menunjukkan bahawa dimensi yang sering dikesampingkan dan dianggap penghalang kemajuan wanita boleh menjadi pendukung wanita dalam meningkatkan kedudukan kepimpinan mereka dalam masyarakat. Wanita dilihat menggunakan tulisan selain kekerasan dan melalui ruang domestik selain ruang awam, ringkasnya wanita Menyusun strategi menggunakan kapasiti dan ruang yang dikuasai oleh mereka untuk memperjuangkan hak dan kepercayaan mereka. Variasi yang terhasil daripada pendekatan yang dipakai menunjukkan kemewahan sejarah ranah ini dalam menawarkan kerangka alternatif dalam mengkaji kepimpinan wanita.