Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik pentadbir sekolah terhadap kebolehlaksanaan dasar pendidikan wajib 12 tahun
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kebolehlaksanaan hasrat pelaksanaan dasar pendidikan wajib 12 tahun dari perspektif pentadbir sekolah. Soal selidik ini mengandungi empat dimensi berkisar tentang kefahaman tentang dasar pendidikan waj...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23713/1/Akademika_94_1_12.pdf http://journalarticle.ukm.my/23713/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik kebolehlaksanaan
hasrat pelaksanaan dasar pendidikan wajib 12 tahun dari perspektif pentadbir sekolah. Soal selidik ini mengandungi
empat dimensi berkisar tentang kefahaman tentang dasar pendidikan wajib di Malaysia, kefahaman tentang hasrat
pelaksanaan dasar pendidikan wajib 12 tahun, kesediaan tentang hasrat pelaksanaan dasar pendidikan wajib 12
tahun dan penerimaan tentang hasrat pelaksanaan dasar pendidikan wajib 12 tahun di Malaysia. Kesahan soal selidik
ditentukan menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) melalui kesepakatan pakar melibatkan 11 orang pakar dalam
bidang pengurusan pendidikan dan dasar pendidikan. Manakala kebolehpercayaan soal selidik pula ditentukan melalui
penentuan nilai pekali Cronbach Alpha melalui dapatan kajian rintis yang dijalankan melibatkan 101 orang pentadbir
sekolah. Soal selidik kepada pakar mengandungi 39 item berskala Likert 7 mata dan disediakan ruangan komen bagi
setiap item untuk diberikan pandangan oleh pakar. Hasil analisis FDM mendapati 6 item tidak mencapai kesepakatan
pakar kerana tidak memenuhi salah satu syarat FDM berkaitan nilai threshold, peratus kesepakatan pakar dan nilai
skor fuzzy. Terdapat 1 item ditambah pada dimensi kefahaman dasar pendidikan wajib di Malaysia berdasarkan
cadangan pakar. Maka, keseluruhan soal selidik yang telah disahkan mempunyai keseluruhan 34 item untuk ditadbir
dalam kajian rintis bagi penentuan kebolehpercayaan. Hasil penentuan kebolehpercayaan, kesemua dimensi dalam
memenuhi syarat nilai kebolehpercayaan yang diterima dan mencukupi, iaitu melebihi 0.80. Hal ini menjadikan nilai
pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan soal selidik ialah 0.963. Maka, kajian ini merumuskan bahawa soal selidik
ini sah dan boleh dipercayai untuk ditadbir dalam kajian sebenar. |
---|