Analisis retorik penghujahan sejarah tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam media atas talian Filipina semasa era Presiden Rodrigo Duterte, 2016-2022
Filipina telah melaksanakan polisi tuntutan dorman dan memilih untuk mengabaikan isu tuntutan ke atas Sabah lebih dua dekad. Namun, dalam tempoh tersebut pelbagai provokasi telah ditimbulkan oleh pengamal media tempatan dan ahli politik Filipina bagi menghidupkan kembali tuntutan ke atas Sabah m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23704/1/Akademika_94_1_3.pdf http://journalarticle.ukm.my/23704/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1701 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Filipina telah melaksanakan polisi tuntutan dorman dan memilih untuk mengabaikan isu tuntutan ke atas Sabah lebih
dua dekad. Namun, dalam tempoh tersebut pelbagai provokasi telah ditimbulkan oleh pengamal media tempatan dan
ahli politik Filipina bagi menghidupkan kembali tuntutan ke atas Sabah menerusi pelbagai saluran media. Justeru,
kajian sejarah ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan semasa tuntutan dengan meneliti laporan-laporan media
atas talian Filipina serta retorik penghujahan yang digunakan bagi menghidupkan kembali tuntutan ke atas Sabah.
Kajian ini merupakan kajian sejarah yang menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis sumber-sumber primer
seperti artikel akhbar, dokumen perjanjian, rekod-rekod kolonial British serta sumber sekunder. Skop kajian tertumpu
kepada analisis retorik penghujahan tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam media atas talian Filipina khususnya ketika
era pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte (2016-2022). Pertikaian mengenai Sabah tersebar luas menerusi saluran
media atas talian serta platform tidak rasmi seperti media sosial. Dapatan awal kajian ini mendapati, pengamal media
menyebarkan pelbagai mesej dan keterangan palsu mengenai isu Sabah dengan tujuan membangkitkan memori kolektif
dan mempengaruhi pandangan sejarah tuntutan terhadap Sabah. Terutamanya semasa pentadbiran Presiden Diosdado
Macapagal dan Presiden Ferdinand Marcos, pemimpin politik Filipina turut menggalakkan penggunaan istilah tertentu
untuk mencipta naratif yang menekankan bahawa Sabah masih milik Filipina tetapi telah “dirampas” oleh pihak
British dan kemudian Persekutuan Tanah Melayu. Kajian ini signifikan kerana ia menunjukkan bahawa penggunaan
media sosial dan akhbar atas talian yang lebih mudah diakses dan mempunyai rangkaian yang lebih meluas telah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh diplomat dan pemimpin tertinggi Filipina bagi mempertikaikan kedaulatan Malaysia
ke atas Sabah sekali gus mencetuskan propaganda ke arah menuntut kembali Sabah. |
---|