Pengaruh kepimpinan wanita Orang Asli dalam JPKKOA
Pemimpin wanita Orang Asli telah wujud sejak sekian lama. Wanita Orang Asli telah memainkan peranan mereka sebagai pemimpin bermula dari rumah dengan melaksanakan tugasan rumah tangga dengan baik. Namun dewasa ini, wanita Orang Asli mula melibatkan diri dalam proses membuat keputusan terutama di per...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23552/1/33_48_682062360611PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/23552/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemimpin wanita Orang Asli telah wujud sejak sekian lama. Wanita Orang Asli telah memainkan peranan mereka sebagai pemimpin bermula dari rumah dengan melaksanakan tugasan rumah tangga dengan baik. Namun dewasa ini, wanita Orang Asli mula melibatkan diri dalam proses membuat keputusan terutama di peringkat komuniti. Walau bagaimanapun, bilangan mereka masih rendah berbanding pemimpin lelaki. Kajian ini bertujuan meneroka faktor utama yang mempengaruhi kepimpinan wanita Orang Asli di Malaysia untuk membuktikan potensi dan keupayaan mereka yang melayakkan mereka dipilih secara demokrasi sebagai pemimpin masyarakat. Penyelidikan ini bersifat pendekatan kualitatif menggunakan pensampelan bertujuan untuk memilih informan. Data dikumpulkan daripada temu bual mendalam dan temu bual berfokus dengan sebelas (11) orang pemimpin wanita yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) kaum Temuan berdasarkan soalan secara separa berstruktur. Dapatan kajian ini menjelaskan tiga (3) faktor yang memberi pengaruh kepimpinan wanita Orang Asli iaitu latar belakang keluarga, pendidikan dan sokongan keluarga dan masyarakat. Ketiga-tiga faktor ini melahirkan pemimpin wanita Orang Asli yang boleh bersaing dengan kaum lelaki untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada masyarakat setempat sebagai pemimpin masyarakat. Oleh hal yang demikian, dapatan kajian ini penting dalam merangka program yang lebih baik untuk meningkatkan peranan dan penglibatan wanita Orang Asli dalam proses membuat keputusan di peringkat komuniti. |
---|