Faktor sokongan pengundi Kaum Melayu kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15, 2022
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2022 dilihat berlangsung dalam keadaan tergesa-gesa dan pertikaian orang ramai dan ahli politik terutamanya pihak pembangkang. Namun PRU tersebut tetap diadakan sehingga selesai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa keputusan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23536/1/436_445_714202360281PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/23536/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2022 dilihat berlangsung dalam keadaan tergesa-gesa dan pertikaian orang ramai dan ahli politik terutamanya pihak pembangkang. Namun PRU tersebut tetap diadakan sehingga selesai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa keputusan PRU-15 bakal menghasilkan tiadanya parti politik yang berjaya mendapat majoriti mudah namun BN dijangkakan akan mendapat jumlah kerusi Parlimen yang tertinggi. Namun keputusan PRU-15 menunjukkan bahawa PH mendapat jumlah kerusi Parlimen yang tertinggi, diikuti PN dan kemudiannya BN. PN berjaya mendapat sokongan daripada pengundi Melayu tertinggi, diikuti BN, PH dan yang terakhir GTA. Justeru, artikel ini membincangkan mengenai faktor sokongan pengundi etnik Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 2022. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis kepada maklumat sekunder iaitu penulisan jurnal, bahan seminar dan buku akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa antara faktor sokongan pengundi Melayu terhadap PN adalah kepimpinan PN (PAS dan BERSATU) yang dilihat bersih dan lain-lain. Justeru, faktor sokongan tersebut perlu dijadikan iktibar seterusnya gerak kerja politik susulan bagi menawan sokongan pengundi Melayu yang secara keseluruhannya masih mendominasi politik pilihan raya di negara ini. |
---|