Persepsi pengguna terhadap kontena sebagai alternatif bangunan komersial di Malaysia I: kerangka dan kaedah kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap kontena sebagai pilihan alternatif bangunan komersial di Malaysia dan kriteria reka bentuk persekitaran yang dapat menyumbangkan kepada keselesaan termal di dalam kontena. Kertas kerja ini yang merupakan baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Farihan Irfan Mohd Nor,, Mohd. Iskandar Abd Malek,, Ismar M.S Usman,, Ameera Zulaikha,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23490/1/35.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23490/
https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pengguna terhadap kontena sebagai pilihan alternatif bangunan komersial di Malaysia dan kriteria reka bentuk persekitaran yang dapat menyumbangkan kepada keselesaan termal di dalam kontena. Kertas kerja ini yang merupakan bahagian pertama dari dua bahagian, memberi penumpuan kepada pembangunan kerangka kajian dan pendekatan terhadap teknik dan metodologi yang digunakan bagi tujuan penyelidikan ini. Ia memperincikan pembangunan metodologi bagi kajian ini yang menyimpulkan kaedah campuran sebagai kaedah yang sesuai bagi menjawab objektif kajian. Bardasarkan kaedah ini, teknik kajian bermula dengan pembangunan soal selidik tertutup yang kemudiannya akan diedarkan kepada pengunjung dan penginap di lokasi kajian bagi mengenalpasti persepsi pengguna. Ini disusuli dengan langkah kedua iaitu pembangunan kajian kes berdasarkan tiga lokasi yang dipilih. Seterusnya langkah ketiga iaitu langkah terakhir yang melibatkan pemerhatian serta analisis ringkas terhadap dapatan dari proses pengumpulan data di ketiga-tiga lokasi kajian. Ketiga-tiga langkah ini akan memberi keupayaan untuk membawa kajian ini terhadap tujuan utamanya iaitu untuk mengenalpasti kriteria reka bentuk persekitaran yang dapat menyumbangkan kepada keselesaan termal pada sesebuah kontena. Kerangka kajian yang dibangunkan ini akan menjadi panduan dalam proses kutipan serta analisis data primer bagi kajian ini dan hasil kajian diharapkan mampu menjadi rujukan dalam memahami persepsi pengguna terhadap keselesaan termal di dalam kontena serta mereka bentuk persekitaran kontena sebagai ruang bangunan komersial yang bersesuaian dengan iklim tropika.