Analisis prestasi terma penghadang suria luaran sedia ada di Kampung Admiralty, Singapura

Penghadang suria luaran telah lama direka bentuk sebagai sebahagian daripada fasad bangunan untuk fungsi, estetik dan privasi. Dari aspek fungsi, ia digunakan untuk mengurangkan haba dan silau, sekali gus membantu meningkatkan kualiti terma serta pencahayaan bangunan. Dalam iklim tropika, sinaran ma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Low, Shi Nii, Zabidi Hamzah,, Noraziah Mohammad,, Mazlan Mohd Tahir,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23483/1/31.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23483/
https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penghadang suria luaran telah lama direka bentuk sebagai sebahagian daripada fasad bangunan untuk fungsi, estetik dan privasi. Dari aspek fungsi, ia digunakan untuk mengurangkan haba dan silau, sekali gus membantu meningkatkan kualiti terma serta pencahayaan bangunan. Dalam iklim tropika, sinaran matahari sepanjang tahun, terutamanya yang menghadap ke fasad bangunan timur atau barat dengan permukaan berkaca besar mungkin memberi masalah ketidakselesaan terma serta silau yang teruk. Kertas kerja ini menganalisis kesan sistem penghadang suria luaran sedia ada bagi sirip dan fasad hijau bangunan di Kampung Admiralty, Singapura. Kamera pengimejan terma digunakan untuk mengesan bacaan terma daripada semua sistem penghadangs suria fasad. Daripada perbandingan hasil, didapati setiap fasad bangunan memerlukan penyesuaian penghadang yang berlainan akibat sudut cahaya matahari yang berbeza. Fasad selatan paling baik dihadang dengan teduhan mendatar. Fasad timur dan barat memerlukan teduhan yang menghalang cahaya matahari masuk pada sudut rendah. Fasad utara boleh dibiarkan tanpa berhadang. Dinding hijau dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat padat berfungsi dengan lebih berkesan daripada penebat haba dalam mengurangkan beban penyejukan bangunan. Kajian ini seterusnya meyakinkan keperluan untuk peranti teduhan suria, terutamanya di fasad selatan negara tropika.