Manifestasi hiburan terhadap tingkah laku disruptif melalui jejak digital instagram dalam kalangan remaja di Terengganu
Artikel ini mengkaji tingkah laku distuptif melalui jejak digital Instagram. Penggunaan meluas platform media sosial, terutamanya Instagram telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesan aktiviti dalam talian terhadap tingkah laku remaja. Dengan menganalisis jejak digital yang ditinggalkan oleh remaja...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23474/1/35_50_%20650842358601PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/23474/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini mengkaji tingkah laku distuptif melalui jejak digital Instagram. Penggunaan meluas platform media sosial, terutamanya Instagram telah menimbulkan kebimbangan mengenai kesan aktiviti dalam talian terhadap tingkah laku remaja. Dengan menganalisis jejak digital yang ditinggalkan oleh remaja di Instagram, kajian ini bertujuan untuk mengkaji manifestasi hiburan terhadap tingkah laku disruptif yang dibina daripada jejak digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes kritikal terhadap catatan Instagram untuk memberikan pemahaman menyeluruh mengenai fenomena ini. Sampel seramai 21 orang yang diambil dengan menggunakan persampelan bertujuan dan persampelan bola salji. Data kajian dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian tidak ikut serta, temu bual secara mendalam dan temu bual kumpulan fokus. Data kajian dianalisis melalui analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan lapan manifestasi hiburan yang dibina oleh remaja yang mempengaruhi tingkah laku disruptif iaitu perhubungan, lawak, berita semasa, pendapat individu, aktiviti semasa, muzik, berita mistik dan kecantikkan. Implikasi hasil kajian ini menekankan keperluan ibu bapa, pendidik, dan pembuat dasar untuk mempromosikan literasi digital dan memberikan panduan kepada remaja dalam mengendalikan tingkah laku online secara berhemah dalam landskap digital secara berkesan. |
---|