Penyesuaian guna semula dan kelestarian rumah kedai warisan di bandar bersejarah di Malaysia

Kekayaan sejarah dan seni bina di Melaka adalah antara faktor-faktor membolehkan bandar ini mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Satu pengiktirafan yang besar dan bermakna. Seni bina rumah kedai warisan merupakan satu elemen seni bina yang penting di bandar Melaka. Seni bina rumah keda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Kean Jie, Mohd Farid Mohamed,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23473/1/27.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23473/
https://www.ukm.my/jkukm/si-6-1-2023/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kekayaan sejarah dan seni bina di Melaka adalah antara faktor-faktor membolehkan bandar ini mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Satu pengiktirafan yang besar dan bermakna. Seni bina rumah kedai warisan merupakan satu elemen seni bina yang penting di bandar Melaka. Seni bina rumah kedai ini merupakan satu contoh seni bina yang lestari yang direkabentuk mengikut kesesuaian sosio-budaya dan konteks persekitaran. Oleh yang demikian, rumah kedai warisan di bandar ini mampu bertahan sehingga kini walaupun kehendak penggunaan telah berubah mengikut keperluan ekonomi dan socio-budaya semasa. Para ilmuwan telah memberi penekanan kepada kaedah pengunaan semula bangunan lama sebagai salah satu kaedah pemeliharaan. Penyesuaian guna semula adalah antara kaedah pemuliharaan. Kaedah ini memelihara bangunan sedia ada, disamping memperkenalkan fungsi kontemporari yang bersesuaian dengan masyarakat kini. Objektif bagi penyelidikan ini adalah untuk membincangkan pendekatan reka bentuk lestari rumah kedai warisan dan mengkaji rumah kedai di Persiaran Jonker yang telah melalui proses penyesuaian guna semula. Metodologi untuk kajian ini adalah melalui kajian pustaka, pemerhatian dan temubual. Tiga buah rumah kedai warisan dijadikan kajian kes. Penemuan kajian menyerlahkan kaedah penggunaan semula dan penyesuaian sebagai model untuk pemeliharaan yang mampu mempertingkatkan kelestarian dan fungsi bangunan sambil mengekalkan budaya dan warisan setempat. Penemuan kajian juga membolehkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap reka bentuk lestari yang terdapat pada rumah kedai warisan