Pola bahasa kemurungan di media sosial: analisis korpus linguistik

Isu kesihatan mental dan gejala kemurungan semakin membimbangkan kerana telah mengakibatkan peningkatan kes kematian. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti dan menyediakan input linguistik berdasarkan kumpulan pesakit yang mengalami masalah kemurungan dan kesihatan mental di media...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Umaimah Kamarulzaman,, Rozaimah Rashidin,, Nurul Afnieza Md Zain,, Zuraidah Jantan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23429/1/JM%205.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23429/
https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1622
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu kesihatan mental dan gejala kemurungan semakin membimbangkan kerana telah mengakibatkan peningkatan kes kematian. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti dan menyediakan input linguistik berdasarkan kumpulan pesakit yang mengalami masalah kemurungan dan kesihatan mental di media sosial. Pemprofilan bahasa kemurungan dalam kalangan pesakit mental dilakukan dengan pengenalpastian menerusi pola-pola bahasa yang terhasil daripada kekerapan kata, penelitian makna perkataan, penggunaan frasa dan ayat yang boleh membantu dalam mengenal pasti simptom awal gejala kemurungan ini. Penelitian pola bahasa yang melibatkan penggunaan leksis yang berkaitan emosi, kata adjektif, dan kata ganti nama diri yang merupakan hasil kajian menerusi pembangunan koleksi data raya iaitu korpus Bahasa Kemurungan Bahasa Melayu (KoBKMelayu). Pendekatan Linguistik Korpus dan Analisis Prosodi Semantik diaplikasikan dalam membangunkan pangkalan data korpus tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa pola bahasa yang wujud menghasilkan satu kerangka model bahasa kemurungan yang dapat difahami secara umum serta dapat meningkatkan kefahaman tentang isu kemurungan dan kesihatan mental secara keseluruhan. Selain itu, model ini juga secara tidak langsung dapat membantu dalam menangani masalah kesejahteraan mental masyarakat dengan lebih efektif melalui pendekatan linguistik di media sosial dan platform lainnya.