Perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham, 1901-1919

Artikel ini bertujuan membincangkan perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham dari tahun 1901 hingga 1919. Pelabuhan Swettenham dibangunkan bertujuan untuk menjadikan pelabuhan ini sebagai pelabuhan utama bukan sahaja bagi Selangor, malah juga bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Izzati Nazihah Junaidi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23326/1/671012224492PB%206.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23326/
http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan membincangkan perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham dari tahun 1901 hingga 1919. Pelabuhan Swettenham dibangunkan bertujuan untuk menjadikan pelabuhan ini sebagai pelabuhan utama bukan sahaja bagi Selangor, malah juga bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Selaras dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham yang menjadi penanda aras kepada keperluan pelabuhan ini dibangunkan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif berpandukan kajian arkib dan kepustakaan dengan merujuk kepada Reports on the Marine Department of the State of Selangor sebagai sumber utama di samping Selangor Administration Report dan Reports for the Klang Districts. Hasil kajian mendapati bahawa pembangunan Pelabuhan Swettenham sememangnya penting kepada Selangor dan NNMB sebagai pelabuhan utama dan menjadi penghubung bagi eksport bijih timah dan getah yang menjadi komoditi utama sekitar abad ke-20, terutamanya ketika Perang Dunia Pertama tercetus. Walaupun pembangunan Pelabuhan Swettenham tidak disokong oleh kebanyakan syarikat perkapalan, namun Pelabuhan Swettenham telah berkembang pesat dan bukan sahaja mengendalikan kapal dagang pesisir pantai dan kapal bersaiz kecil, tetapi turut menerima kedatangan kapal dagang laut yang bersaiz besar bermula tahun 1904. Oleh itu, perkembangan aktiviti perkapalan di Pelabuhan Swettenham telah menunjukkan pelabuhan ini sememangnya perlu dibangunkan untuk menampung perkembangan perdagangan di NNMB dan mengurangkan kebergantungan kepada pelabuhan Negeri-negeri Selat (NNS).