Tahap penguasaan asas fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang
Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh JAKOA, terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang dengan seramai 17,427 daripada mereka adalah beragama Islam. Sekalipun mereka telah memeluk agama Islam, masih terdapat dalam kalangan mereka ya...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23282/1/al-Hikmah_15_2_4.pdf http://journalarticle.ukm.my/23282/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/33 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh
JAKOA, terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang
dengan seramai 17,427 daripada mereka adalah beragama Islam. Sekalipun mereka
telah memeluk agama Islam, masih terdapat dalam kalangan mereka yang tidak
menguasai perkara-perkara asas fardu ain dengan sempurna disebabkan pelbagai
masalah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan
beberapa perkara asas fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli beragama
Islam di Negeri Pahang. Kajian ini berbentuk data deskriptif yang diperolehi
daripada 250 orang responden masyarakat Orang Asli beragama Islam di daerah
daerah di Negeri Pahang dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel bagi
mendapatkan peratus, kekerapan dan purata penguasaan. Dapatan kajian
menunjukkan item yang diuji iaitu amali wuduk, bacaan lafaz niat solat dan bacaan
semasa iktidal berada pada kedudukan tertinggi penguasaan. Manakala item bacaan
doa qunut, doa iftitah dan bacaan tahiyat adalah paling ramai tidak dikuasai oleh
orang asli. Kesimpulan kajian ialah tahap penguasaan asas fardu ain masyarakat
Orang Asli adalah baik, namun memerlukan usaha yang berterusan agar dapat
menambahbaik metod pengajaran supaya lebih mudah dipelajari dan lebih efektif.
Kajian ini memberi implikasi terhadap pihak-pihak berkaitan bagi meningkatkan
usaha dakwah dan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli
khususnya di Negeri Pahang. |
---|