Perubahan persekitaran dan kesannya terhadap kesihatan penduduk: satu tinjauan dari perspektif sejarah di Perak (1874-1941)
Artikel ini membincangkan sisi negatif penghijrahan secara besar-besaran ke atas persekitaran semula jadi dan kesannya ke atas kesihatan penduduk iaitu penularan malaria seperti yang berlaku di Perak bagi tahun 1874 hingga tahun 1941. Justeru, artikel ini memperincikan aspek penghijrahan yang mendor...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/23213/1/11%20649012275301PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/23213/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini membincangkan sisi negatif penghijrahan secara besar-besaran ke atas persekitaran semula jadi dan kesannya ke atas kesihatan penduduk iaitu penularan malaria seperti yang berlaku di Perak bagi tahun 1874 hingga tahun 1941. Justeru, artikel ini memperincikan aspek penghijrahan yang mendorong kepada penerokaan hutan secara besar-besaran dan kesannya ke atas kesihatan penduduk khususnya penularan penyakit malaria. Penulisan ini menggunakan pendekatan sejarah iaitu kaedah analisis sumber primer yang berupa rekod-rekod tinggalan pentadbir kolonial. Rekod kolonial utama yang digunakan dalam artikel adalah Annual Report on Social and Economic Progress of the People of Perak. Ringkasnya, artikel ini mendapati bahawa penghijrahan besar-besaran yang diiringi penerokaan hutan secara pantas untuk tujuan pertanian serta perlombongan telah membawa kepada penularan pelbagai jenis penyakit terutamanya malaria seperti yang berlaku di Perak. Hal ini membuktikan bahawa penerokaan hutan untuk apa-apa tujuan yang tidak diiringi dengan perancangan rapi membawa impak negatif ke atas kehidupan manusia. |
---|