Metodologi Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi (w: 741h) di dalam tafsirnya: al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat hingga hari kiamat. Para ulama telah meluangkan banyak waktu dan usaha mereka bagi menggali segala yang berharga di dalam al-Quran dan seterusnya menyebarkannya dengan pelbagai cara. Di kalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wafa Abdul Jabbar Shohibuddin,, Muhammad Lukman Mat Sin,, Mohamad Hafiz Darpen,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23074/1/al-Turath_8_2_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23074/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/20
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat hingga hari kiamat. Para ulama telah meluangkan banyak waktu dan usaha mereka bagi menggali segala yang berharga di dalam al-Quran dan seterusnya menyebarkannya dengan pelbagai cara. Di kalangan mereka, ada yang menggunakan metodologi penelitian serta komentar kepada kitab yang terdahulu daripada mereka seperti Al-Qadhi Emaduddeen al Kindi. Al-Kindi telah meneliti kitab al-Kashshaf karya al-Zamakhshari serta memberi komentar dari pelbagai sudut. Justeru, penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk membahas metodologi tafsir al-Quran yang digunakan oleh al-Kindi dalam karyanya yang terkenal, Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil." Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian kualitatif serta analisis tematik untuk mengkaji latar belakang al-Kindi dan mengenalpasti metodologi penulisan beliau di dalam tafsirnya. Hasil kajian mendapati bahawa al-Kindi adalah seorang yang alim dan mahir dalam bidang tafsir, beliau menggunakan keluasan ilmunya dalam pentafsiran al-Quran al Karim. Antara cadangan daripada hasil kajian ini antaranya ialah menubuhkan projek-projek kajian untuk mengembangkan lagi pemikiran dan karya penulisan al-Kindi. Ianya diharapkan dapat menjadi pencetus dalam memperkenalkan Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi sebagai seorang ulama dalam bidang tafsir di kalangan masyarakat serta menerangkan metodologi beliau di dalam tafsirnya.