Pelanunan dan pemburuan hamba di Tungku, Borneo Utara (1840–1879)

Perbincangan berhubung dengan persejarahan tradisional di Borneo Utara dan alam Melayu adalah tidak lengkap tanpa membicarakan sejarah pelanunannya. Berbeza dengan sejarah pelanunan (piracy) di barat, perkembangan sejarah pelanunan di rantau ini berlaku bukan sahaja untuk tujuan ekonomi dan politik...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohammad Sham Mohammad,, Ismail Ali,, Mohd Firdaus Abdullah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23057/1/674092252591PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23057/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbincangan berhubung dengan persejarahan tradisional di Borneo Utara dan alam Melayu adalah tidak lengkap tanpa membicarakan sejarah pelanunannya. Berbeza dengan sejarah pelanunan (piracy) di barat, perkembangan sejarah pelanunan di rantau ini berlaku bukan sahaja untuk tujuan ekonomi dan politik pemerintah tetapi turut dibayangi oleh pengaruh daripada nilai-nilai sosiobudaya para pemerintah, pembesar dan masyarakat pada waktu itu. Suku Iranun, Balangingi, Bajau dan Dayak Laut telah mencipta nama dalam persejarahan pelanunan di Borneo Utara dan kepulauan Asia Tenggara apabila suku-suku ini muncul sebagai perompak di laut serta pemburu hamba yang cukup digeruni oleh para pelayar, pedagang dan pentadbir barat sehingga mereka dilabelkan sebagai pirate serta penjenayah oleh orang Inggeris di Tanah Melayu dan Borneo Utara; orang Sepanyol di Filipina dan orang Belanda di Indonesia. Secara ringkasnya, makalah ini bertujuan membicarakan sejarah pelanunan di Tungku, Borneo Utara iaitu lokasi yang pernah menjadi pangkalan dan operasi terakhir aktiviti pelanunan serta pemburuan hamba semasa era Kesultanan Sulu sebelum ia berakhir ketika era pentadbiran British North Borneo Company (BNBC). Artikel ini berbentuk kualitatif dan bertemakan sejarah. Bahan dan sumber diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan lain- lain. Makalah ini diharapkan dapat merekonstruksikan semula sejarah pelanunan di Borneo Utara bukan sahaja dari kaca mata barat tetapi juga dari world-view atau pandangan dunia Malay centic itu sendiri.