Strategi mesej dalam poster kempen diabetes Kementerian Kesihatan Malaysia

Kajian tentang aplikasi media dan komunikasi sebagai intervensi pencegahan dalam kempen kesedaran kesihatan menjadi punca kurangnya tahap kesedaran dalam diri masyarakat berkaitan dengan masalah diabetes. Salah satu faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya hebahan berkaita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Asyiqin Ab Rashid,, Shamsiah Abd Kadir,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/23006/1/komunikasi_10.pdf
http://journalarticle.ukm.my/23006/
https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tentang aplikasi media dan komunikasi sebagai intervensi pencegahan dalam kempen kesedaran kesihatan menjadi punca kurangnya tahap kesedaran dalam diri masyarakat berkaitan dengan masalah diabetes. Salah satu faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya hebahan berkaitan bahaya diabetes kepada masyarakat umum. Sebagai contoh, poster yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mempunyai gaya penyampaian mesej yang kurang strategik untuk menarik minat orang ramai dalam melakukan perubahan tingkah laku kesihatan. Oleh itu, kajian ini telah mengenal pasti tahap keterlibatan khalayak dan strategi mesej kesihatan dalam kempen poster diabetes oleh KKM, serta menganalisis bentuk penggunaan imej dan strategi mesej kesihatan dalam kempen poster tersebut. Kajian ini bersandarkan kepada teori Extended Parallel Process Model (EPPM) yang mempunyai empat elemen strategi mesej, iaitu “seruan untuk bertindak”, “mengajar tentang solusi”, “mengajar tentang risiko” dan “mengajar tentang solusi dan risiko”. Kaedah analisis kandungan kuantitatif dilakukan ke atas 83 poster kempen diabetes, dari tahun 2014 hingga 2022. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap keterlibatan khalayak menunjukkan respon positif iaitu sebanyak 45,316 respons. Seterusnya, strategi mesej “mengajar tentang solusi” dan “mengajar tentang risiko” paling banyak digunakan dalam poster kempen diabetes, iaitu sebanyak 45.8% dan 38.6%. Strategi imej “mengajar tentang risiko” dan “mengajar tentang solusi” pula merupakan strategi imej yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu sebanyak 36.1% dan 28.9%. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan kepada penyelidik akan datang dan pihak kerajaan dalam mengubah tingkah laku masyarakat terhadap bahaya diabetes.