Kesan pembinaan pemecah ombak terhadap sosio-ekonomi masyarakat dan alam sekitar: kajian kes di Pelabuhan Perikanan Chendering

Pembangunan mapan adalah sangat penting bagi memastikan setiap perancangan memberi impak positif terhadap sosioekonomi dan alam sekitar kepada komuniti setempat. Pembinaan pemecah ombak dianggap perlu untuk sesetengah pelabuhan bagi menjalankan aktiviti pendaratan ikan dengan lebih efisien. Pemecah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Aisyah Awanis A. Rahim,, Siti Nurain Muh,, Siti Nasuha Muhmad,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22997/1/jatma%202024%201201%2004.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22997/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan mapan adalah sangat penting bagi memastikan setiap perancangan memberi impak positif terhadap sosioekonomi dan alam sekitar kepada komuniti setempat. Pembinaan pemecah ombak dianggap perlu untuk sesetengah pelabuhan bagi menjalankan aktiviti pendaratan ikan dengan lebih efisien. Pemecah ombak telah dibina di Pelabuhan Perikanan Chendering (PPC) untuk memudahkan bot-bot perikanan berlabuh dan menjadi pusat perusahaan perikanan terbesar di negeri Terengganu yang memberi manfaat yang besar kepada komuniti nelayan setempat. Walau bagaimanapun, setelah sekian lama ia beroperasi, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh komuniti nelayan apabila sukar untuk melabuhkan bot mereka disebabkan mendapan pasir yang semakin serius di kawasan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pembinaan pemecah ombak terhadap sosioekonomi masyarakat dan alam sekitar. Data yang digunakan untuk kajian kes ini melibatkan dua kaedah iaitu data primer dan sekunder. Data primer untuk kajian kes ini tidak melibatkan borang soal kaji selidik dan ia diperoleh dengan melakukan kaedah temu bual separa berstruktur dengan pihak yang terlibat secara langsung. Dapatan kajian ini menunjukkan rekod pendaratan ikan semakin menurun dan hakisan pantai semakin meningkat. Kajian ini membuktikan pembinaan pemecah ombak telah menyebabkan hakisan pantai dan ia menjadi semakin teruk apabila pengumpulan sedimen telah menyebabkan kecetekan berlaku di kawasan PPC yang menyebabkan pendaratan ikan semakin berkurang. Ini selari dengan dapatan data primer yang telah dijalankan secara temu bual daripada nelayan dan pihak agensi yang berkaitan dimana nelayan mengakui bahawa keluasan ‘harbour basin’ yang makin berkurang dan cetek menyebabkan kekurangan tempat untuk melabuhkan bot. Tambahan lagi, mendapan pasir yang berlaku adalah disebabkan bentuk pemecah ombak yang tidak sesuai dengan keadaan di kawasan PPC.