Susuk: di antara penemuan klinikal dan amalan tradisional
Susuk, atau dikenali sebagai ‘jarum pesona’ dipakai di muka dan bahagian badan yang lain kerana ia dipercayai dapat meningkatkan kecantikan dan keremajaan serta untuk kelihatan ‘garang’ atau tujuan merawat kesakitan tubuh badan, adalah merupakan amalan yang berdasarkan kepercayaan tradisional. Kebia...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22992/1/jatma%202024%201201%2003.pdf http://journalarticle.ukm.my/22992/ http://ejournal.ukm.my/jatma/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Susuk, atau dikenali sebagai ‘jarum pesona’ dipakai di muka dan bahagian badan yang lain kerana ia dipercayai dapat meningkatkan kecantikan dan keremajaan serta untuk kelihatan ‘garang’ atau tujuan merawat kesakitan tubuh badan, adalah merupakan amalan yang berdasarkan kepercayaan tradisional. Kebiasaannya, penemuan susuk secara klinikal adalah dengan tidak sengaja dalam pengimejan diagnostik, diagnostik iaitu x-ray atau computed tomography scan (CT scan), prosedur yang dijalankan untuk membantu mendiagnos sesuatu penyakit. Penemuan susuk secara kebetulan ini menimbulkan isu yang perlu dijelaskan. Dalam konteks ini, kami ingin menyelidik penggunaan susuk dan aspek-aspek lain yang berkaitan termasuk membincangkan pandangan Islam mengenai praktis ini. Pencarian sistematik telah dijalankan melalui empat pangkalan data elektronik: Ovid, Scopus, PubMed dan Embase, berdasarkan garis panduan PRISMA-ScR sehingga Jun 2023 menggunakan kata kekunci susuk di mana kriteria pemilihan adalah mana-mana artikel yang menerangkan susuk sebagai jarum lurus tanpa menghadkan masa penerbitan. Sejumlah 31 artikel telah dimasukkan dalam kajian skop ini. Kajian ini memberikan maklumat yang relevan dan berpotensi untuk memperkayakan pemahaman tentang susuk dan pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti antropologi budaya, sains perubatan dan agama, serta mempromosikan dialog antara bidang ini. |
---|