Keupayaan teksdealisme dalam mengangkat keunggulan karya Malim Ghozali: Gunung Cha

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Malim Ghozali menerusi novel Gunung Cha. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian ini dianalisis menerusi empat prinsip yang te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Hafizan Aliff Halimi,, Che Abdullah Che Ya,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22955/1/JT%2010.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22955/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/31
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan Malim Ghozali menerusi novel Gunung Cha. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas dan dasar kajian ini dianalisis menerusi empat prinsip yang terdapat dalam Teori Teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, keunggulan Malim Ghozali dalam prinsip kehadiran Teori Teksdealisme telah berjaya menghadirkan pengalaman melalui kehidupan masyarakat dan pengalaman melalui pengembaraan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Malim Ghozali berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan serta pelanggaran dari segi watak dan perwatakan yang memberi pembaharuan idea dalam kepengarangannya. Prinsip pengukuhan pula, membuktikan kesungguhan Malim Ghozali dalam meningkatkan kualiti novel melalui pengukuhan nilai murni yang disampaikan melalui setiap peristiwa yang terkandung dalam karyanya. Di samping itu, bagi prinsip individualisme pula telah mengangkat cita-cita dan personaliti Malim Ghozali melalui stilistik dan persembahan novel yang dipengaruhi oleh ideologi realisme. Keunggulan kepengarangan Malim Ghozali dibuktikan hadir melalui pengalaman yang mencetuskan idea dengan pembaharuan serta dikukuhkan dengan nilai-nilai murni selain turut mempertingkatkan personaliti kepengarangan. Justeru, kajian ini memberi implikasi kepada penyelidik sebagai asas memahami proses kepengarangan dan membantu pembaca memilih karya yang unggul serta mendorong pengarang kini mempertingkatkan karya dengan menampilkan elemen penting dalam proses kepengarangan.