Pendokumentasian dan pemaparan awal: analisis kajian lapangan di Kelantan Utara

Kajian mengenai sesuatu dialek perlu dilakukan berdasarkan prinsip linguistik itu sendiri iaitu kajian yang dilakukan mestilah bersifat sistematik dan objektif. Apabila prinsip linguistik dalam pelaksanaan dialek dititikberatkan, maka terhasillah sebuah kajian yang berilmiah dan saintifik. Sejajar d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Syahmina Supian,, Harishon Radzi,, Junaini Kasdan,, Siti Noraini Hamzah,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22898/1/jatma%202023%201103%2002.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22898/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai sesuatu dialek perlu dilakukan berdasarkan prinsip linguistik itu sendiri iaitu kajian yang dilakukan mestilah bersifat sistematik dan objektif. Apabila prinsip linguistik dalam pelaksanaan dialek dititikberatkan, maka terhasillah sebuah kajian yang berilmiah dan saintifik. Sejajar dengan kemajuan teknologi semasa, kajian dialek ini dilihat semakin berkembang dengan adanya pembaharuan dalam pelaksanaan kajian. Pengkaji bahasa mula memanfaatkan teknologi moden sedia ada bagi menghasilkan sebuah dapatan kajian yang lebih menarik. Misalnya, kajian dialek yang memanfaatkan perisian Geographical Information System (GIS) dalam menghasilkan sebuah peta dialek yang lebih autentik. Jika sebelum ini, pengkaji dialek hanya melukis peta secara lakaran tangan yang mana penghasilan peta tersebut disifatkan impresionistik dan tidak holistik. Oleh itu, inovasi dalam kajian dialek seperti pengaplikasian Geographical Information System (GIS) ini bukan sahaja melibatkan pendekatan interdisiplin geografi dan linguistik tetapi juga menjadi penyelesaian bagi kelompangan-kelompangan kajian dialek tradisional. Dalam makalah ini, pengkaji memfokuskan kajian penyebaran dialek di Kelantan Utara dengan menyentuh bahagian utama dalam pengumpulan data bagi memberikan gambaran bagaimana sesebuah kajian yang sistematik dan objektif itu dilakukan. Pengumpulan data telah dilakukan secara kajian lapangan di tujuh buah daerah Kelantan Utara dengan melibatkan responden yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Data yang telah dikumpulkan telah ditranskrip dan akan dianalisis menggunakan perisisan Geographical Information System (GIS) bagi menghasilkan sebuah peta isoglos dan koroplet bagi melihat penyebaran dialek Melayu di Kelantan Utara. Pemaparan awal data bagi varian leksikal yang telah diperoleh sepanjang kajian lapangan dilakukan, turut dipaparkan dalam makalah sebelum analisis lanjutan dengan menggunakan Geographical Information System (GIS) dilakukan. Tambahan pula, pendokumentasian mengenai kaedah kajian lapangan pendekatan geolinguistik ini akan menghasilkan sebuah kajian yang berinovasi dengan memanfaatkan kemajuan teknologi semasa.