Budaya politik dalam kalangan pengundi luar Kelantan di Lembah Klang pasca PRU ke-14

Pengundi luar Kelantan lebih cenderung mengundi PAS berbanding parti politik lain walaupun menetap di Lembah Klang. Pada dasarnya masyarakat di Lembah Klang ini majoritinya tidak menyokong PAS seperti mana di Kelantan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan bentuk budaya politik pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazli Mamat,, Mohd Mahadee Ismail,, Ku Hasnita Ku Samsu,, Zatul Himmah Adnan,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22856/1/Akademika_93_3_5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22856/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1594
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengundi luar Kelantan lebih cenderung mengundi PAS berbanding parti politik lain walaupun menetap di Lembah Klang. Pada dasarnya masyarakat di Lembah Klang ini majoritinya tidak menyokong PAS seperti mana di Kelantan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan bentuk budaya politik pengundi luar Kelantan yang bermastautin di sekitar Lembah Klang. Kajian ini melibatkan seramai 403 orang pengundi luar Kelantan berbangsa Melayu, berumur 21 tahun dan ke atas yang menetap di Lembah Klang tetapi masih mengundi di Kelantan. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Responden kajian dipilih secara pensampelan bertujuan dan bola salji. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan ANOVA. Hasil kajian mendapati budaya politik pengundi luar Kelantan berbentuk subjek. Budaya politik berbentuk subjek ini merujuk kepada masyarakat menerima output daripada sebelah pihak sahaja tanpa mempersoalkan apa, mengapa dan bagaimana perkara tersebut berlaku. Hal ini bermakna hubungan individu dengan sistem politik adalah pasif dan bersikap menurut. Masyarakat jenis ini tidak banyak soal dan menerima penjelasan pihak tertentu tanpa menyelidik kesahihan maklumat terbabit. Masyarakat jenis ini biasannya merupakan penyokong tegar sesebuah parti politik. Implikasi daripada budaya politik sebegini menyebabkan pengundi bersikap taat melulu, mendengar kata dan tidak dapat membuat keputusan secara lebih rasional sehingga dianggap berada dalam keadaan minda tertawan.