Konsep Halalan Toyyiba dalam penggunaan air
Halalan Toyyiba adalah konsep menyeluruh yang dibawa oleh Islam. Mengikut konsep ini, sumber penggunaan mestilah bersih dan suci. Setiap titik sumber, dari proses pengeluaran awal dan kaedah hinggalah kepada pengurusan akhir, seperti kaedah pelupusan sisa, perlu diambil kira bagi memenuhi syarat hal...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22662/1/656812180772PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/22662/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Halalan Toyyiba adalah konsep menyeluruh yang dibawa oleh Islam. Mengikut konsep ini, sumber penggunaan mestilah bersih dan suci. Setiap titik sumber, dari proses pengeluaran awal dan kaedah hinggalah kepada pengurusan akhir, seperti kaedah pelupusan sisa, perlu diambil kira bagi memenuhi syarat halalan toyyiba. Zaman kini menyaksikan penggunaan berasaskan air semakin meluas dalam kehidupan seharian. Tegasnya, konsep dasar halalan toyyiba patuh syariah dalam penggunaan air seperti untuk agrikultur dan penternakan masih kurang dibincangkan secara serius. Justeru, isu halalan toyyiba patuh syariah dalam penggunaan air amat penting untuk dikaji dan dirangka panduan patuh syariah untuk masyarakat Malaysia khususnya umat Islam. Konsep ini bertepatan dengan agenda nasional negara iaitu Dasar Hab Halal Negara. Objektif utama kertas kerja ini adalah untuk mengkaji idea halalan toyyiba dalam pengurusan air domestik di Malaysia. Kertas kerja ini berdasarkan kaedah kualitatif. Sumber berasaskan fatwa, penerbitan ilmiah, jurnal dan sebagainya akan dianalisis dan dirumuskan secara deskriptif untuk menghasilkan kesimpulan yang menjawab objektif kertas kerja. Dapatan kajian menunjukkan konsep dasar halalan toyyiba patuh syariah mengenai pengurusan air domestik di Malaysia masih belum terlaksana sepenuhnya. Justeru adalah penting polisi ini dilaksanakan secara jitu di Malaysia. |
---|