Penerokaan terhadap pengetahuan yang digunakan oleh guru inovatif Pendidikan Islam untuk menghasilkan inovasi pengajaran
Perdebatan mengenai isu pengetahuan dalam menghasilkan inovasi telah lama dibincangkan oleh para sarjana. Perbincangan mengenai pengetahuan untuk menghasilkan inovasi turut meliputi bidang pendidikan dalam konteks mencipta inovasi pengajaran. Tidak ditemui kajian lapangan secara khusus mengenainya...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22618/1/Akademika_17.pdf http://journalarticle.ukm.my/22618/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perdebatan mengenai isu pengetahuan dalam menghasilkan inovasi telah lama dibincangkan oleh para sarjana.
Perbincangan mengenai pengetahuan untuk menghasilkan inovasi turut meliputi bidang pendidikan dalam konteks mencipta inovasi pengajaran. Tidak ditemui kajian lapangan secara khusus mengenainya. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka pengetahuan yang digunakan oleh guru inovatif ketika menghasilkan inovasi pengajaran. Kajian ini dijalankan secara kualitatif. Data dikutip daripada temu bual dan analisis dokumen. Temu bual dibuat secara separa struktur dan secara mendalam. Analisis dokumen pula dibuat terhadap gambar, kertas cadangan, laporan inovasi, bunting, banner dan pamplet inovasi. Lapan peserta kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian dibuat menggunakan kaedah triangulasi data dan sumber, lama di lapangan dan nilai Kappa. Dapatan menunjukkan terdapat 12 jenis pengetahuan digunakan oleh peserta kajian, iaitu; konten dan kurikulum, pedagogi, kajian tindakan, inovasi sedia ada, reka bentuk inovasi, pengalaman, minat dan kekuatan diri, kemahiran kreatif, pengetahuan tentang pelajar dan kemahiran komunikasi, kemahiran kolaborasi dan pengetahuan format peperiksaan. 12 jenis pengetahuan ini dikategorikan dalam lima bentuk pengetahuan, iaitu; pengetahuan pedagogi kandungan, kemahiran kognitif istimewa, pembangunan kompetensi spesifik, kemahiran sosial dan kemahiran penyelidikan. Dapatan ini dapat dimanfaatkan oleh penyedia latihan sama ada kepada guru pelatih atau guru dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan mereka dengan meningkatkan kualiti pengajaran mereka sehingga mampu menghasilkan inovasi pengajaran. Pelajar akan mendapat manfaat yang besar apabila pengajaran guru berkualiti tinggi. |
---|