Kewartawanan sukan Malaysia: refleksi pengamal media astro arena tentang liputan sukan olimpik 2020

Bidang kewartawanan sukan telah bertapak lama di Malaysia malah keperluannya dilihat sangat penting bagi memastikan segala liputan sukan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat. Tetapi bidang kewartawanan sukan ini kurang mendapat tumpuan dari segi penyelidikan. Kajian ini bertujuan unt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Nazeem Mohd Nazri,, Kho, Suet Nie
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22614/1/Akademika_13.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22614/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1593
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bidang kewartawanan sukan telah bertapak lama di Malaysia malah keperluannya dilihat sangat penting bagi memastikan segala liputan sukan dapat disampaikan secara terus kepada masyarakat. Tetapi bidang kewartawanan sukan ini kurang mendapat tumpuan dari segi penyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengambarkan perspektif dan refleksi pengamal media Astro Arena terhadap industri kewartawanan sukan di Malaysia dengan fokus kepada liputan Sukan Olimpik 2020 yang boleh dikatakan masa yang paling mencabar. Secara spesifik, kajian ini ingin memahami perspektif pengamal media terhadap bidang kewartawanan sukan di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji tahapSOP/ keselamatan yang diberikan kepada pengamal media semasa temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh Astro Arena dalam menyampaikan liputan berita semasa temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Justeru, kajian ini menggunakan metodologi temubual mendalam dengan tiga responden daripada stesen media Astro Arena yang bertugas bagi temasya sukan Olimpik tersebut. Hasil kajian dapat menyimpulkan bahawa pemerhatian secara keseluruhan terhadap bidang kewartawanan sukan di negara ini masih kurang. Dapatan mendapati SOP serta keselamatan yang dilalui oleh pengamal media Astro Arena semasa bertugas di temasya sukan tersebut adalah teratur, rapi dan ketat, tetapi tidak menjejaskan tugas mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa bidang kewartawanan sukan di Malaysia memerlukan lebih banyak perhatian dan sokongan dari pihak berkepentingan, termasuk kerajaan dan industri media. Ini termasuk penyediaan sumber daya yang mencukupi, pembangunan kemahiran dan kepakaran dalam bidang kewartawanan sukan, serta peningkatan keselamatan dan kesejahteraan pengamal media semasa meliput acara sukan besar.