Konsep Irādah dan amr menurut Jalaluddin al-Rumi dan perbandingannya dengan falsafah occasionalisme
‘Irādah’ bermaksud kehendak Allah SWT, manakala ‘amr’ pula adalah perintah Allah SWT yang hanya memerintah perkara yang baik dan melarang perkara yang buruk. Jalaluddin al-Rumi (1207-1273) menggunakan metode tersendiri dalam mengumpulkan perbahasan amr dan irādah Allah SWT secara berlapik melalu...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22492/1/Islamiyyat_45_1_16.pdf http://journalarticle.ukm.my/22492/ https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1604 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | ‘Irādah’ bermaksud kehendak Allah SWT, manakala ‘amr’ pula adalah perintah Allah SWT yang hanya memerintah
perkara yang baik dan melarang perkara yang buruk. Jalaluddin al-Rumi (1207-1273) menggunakan metode tersendiri
dalam mengumpulkan perbahasan amr dan irādah Allah SWT secara berlapik melalui prosa bait syair dalam Math
nawi. Falsafah occasionalisme pula membawa fahaman bahawa segala sesuatu itu adalah digerakkan oleh Tuhan,
bagi membuktikan kewujudan Tuhan melalui campur tangan Tuhan dalam setiap perkara. Walaupun pemahaman kon
sep ‘irādah dan amr’ Allah SWT antara perspektif sufi Jalaluddin al-Rumi dan falsafah occasionalisme memiliki titik
persamaan dalam pengakuan wujud dan kehendak Tuhan, namun wujud perbezaan apabila melibatkan perintah Tuhan
dalam perbahasan ‘moral’ iaitu baik dan buruk. Perbezaan antara kedua perspektif tersebut hendaklah difahami den
gan jelas dan teliti agar dapat mengelakkan berlaku kekeliruan bahawa occasionalisme Barat dan Islam itu adalah
sama sahaja. Artikel ini mengkaji dan memberi fokus kepada konsep irādah dan amr Allah SWT menurut Jalaluddin
al-Rumi, sekaligus membuat perbandingannya dengan falsafah occasionalisme Barat. Penulisan ini menggunakan
metodologi kajian secara kualitatif melalui kaedah analisis kandungan dan metode perbandingan. Implikasi artikel
ini menampakkan perbezaan antara pegangan yang diyakini oleh pemikiran Barat dan keyakinan yang sepatutnya
diyakini oleh umat Islam sepertimana yang telah digariskan dalam agama Islam itu sendiri. Malah, artikel ini tu
rut memberi penjelasan tentang kepentingan mentaati ‘kehendak dan perintah’ Allah SWT tanpa pengecualian salah
satu daripadanya. Hasil kajian menunjukkan bahawa konsep irādah Allah SWT yang dibawa Jalaluddin al-Rumi itu
mempunyai persamaan erat dengan falsafah ocasionalisme Barat. Ia muncul sebagai gagasan yang membela campur
tangan Tuhan dalam kehidupan manusia sekaligus menolak sekularisme. Manakala, konsep amr Allah SWT pula me
nonjolkan keistimewaannya berbanding falsafah occasionalisme Barat kerana kepercayaan kepada Allah SWT yang
ditampilkan Jalaluddin al-Rumi tidak menyisihkan sama sekali perintah-Nya yang sentiasa menjadi kewajiban hidup
bagi seorang muslim yang beriman. |
---|