Impak dari program mahasiswa ke masyarakat (M2M) kepada pelajar dan komuniti dalam penyebaran ilmu risiko ergonomik

Graduan yang berkualiti bukan sahaja berjaya dalam akademik, tetapi juga sahsiahnya, Sesuatu program universiti pada masa kini tidak hanya terarah kepada pencapaian akademik semata-mata. Hasil program dalam sesuatu program dalam masa sekarang juga menimbangkan atribut berkaitan komunikasi sama ada d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Kamaliana Khamis,, Mohd Faizal Mat Tahir,, Meor Iqram Meor Ahmad,, Mohd Anas Mohd Sabri,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22346/1/A%2010.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22346/
https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Graduan yang berkualiti bukan sahaja berjaya dalam akademik, tetapi juga sahsiahnya, Sesuatu program universiti pada masa kini tidak hanya terarah kepada pencapaian akademik semata-mata. Hasil program dalam sesuatu program dalam masa sekarang juga menimbangkan atribut berkaitan komunikasi sama ada dengan ahli atau masyarakat dan juga kerja berkumpulan. Artikel ini mengkaji peranan mahasiswa dalam menyebarkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas kepada masyarakat atau komuniti di luar. Masyarakat ketika ini bergelumang dengan pelbagai isu masalah kesihatan dan juga keselamatan bukan sahaja di luar rumah malahan juga di rumah sendiri. Oleh itu, pendekatan memperkasakan masyarakat melibatkan program kesedaran dalam penjagaan kesihatan dan keselamatan perlu dilakukan. Kajian ini melibatkan program perkongsian ilmu dari sebahagian mahasiswa Tahun Akhir Program Kejuruteraan Mekanikal kepada segelintir masyarakat dalam pelbagai peringkat berkenaan isu ergonomik. Kaedah temubual antara kumpulan pelajar dan komuniti merupakan kaedah utama dalam program ini. Hasil program ini menunjukkan, tahap kesedaran masyarakat bertambah baik melalui perkongsian ilmu risiko ergonomik. Selain itu, pemahaman pelajar juga bertambah baik melalui program ini. Kajian ini menunjukkan program yang berkaitan amalan merentasi pelbagai komuniti dapat membantu mahasiswa dalam memastikan pemahaman yang lebih baik dapat dicapai dalam sesuatu perkara.