Meneroka strategi daya tahan dalam kalangan bapa tunggal : kajian kes di Selangor

Pandemik COVID-19 telah memberikan impak dalam keharmonian dan kestabilan rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri. Faktor ekonomi menjadi punca utama kepada berlakunya peningkatan kes perceraian kerana perlu memenuhi keperluan dan perbelanjaan hidup yang semakin mencabar. Manakala percerai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tengku Syuhada Elissa Tengku Adam Azli,, Khadijah Alavi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22303/1/JD%201.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22303/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 telah memberikan impak dalam keharmonian dan kestabilan rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri. Faktor ekonomi menjadi punca utama kepada berlakunya peningkatan kes perceraian kerana perlu memenuhi keperluan dan perbelanjaan hidup yang semakin mencabar. Manakala perceraian mati disebabkan oleh faktor kesihatan diri yang menurun. Jesteru itu, kajian ini meneroka strategi daya tahan dalam kalangan bapa tunggal akibat perceraian dalam menguruskan kehidupan seharian dan anak-anak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual berstruktur secara bertulis. Enam orang informan telah dipilih bagi kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan Snow Ball (Bola Salji). Lokasi yang dipilih adalah di negeri Selangor. Data temu bual berstruktur dianalisis secara tematik dan hasil kajian mendapati lima isu utama yang dialami oleh informan kajian. Antara isu yang sering dialami oleh golongan bapa tunggal dalam kehidupan seharian adalah pertambahan peranan dalam memenuhi keperluan anak-anak terutamanya bagi anak perempuan, penyesuaian dan kefahaman majikan di tempat kerja, kesukaran perolehi bantuan sokongan dan kewangan, kesunyian di rumah dan sikap negatif masyarakat. Implikasi kajian mencadangkan modul smart kebapaan perlu dibentuk bagi membantu psikososial dalam kalangan bapa tunggal.