Aplikasi Maqasid Syariah dalam ibadah bersuci dan solat bagi anggota sniper, Angkatan Tentera Malaysia

Anggota sniper yang merupakan penembak tepat untuk mencederakan atau membunuh musuh serta memusnahkan sesuatu sasaran. Maka sudah pasti mereka sentiasa berdepan dengan kesulitan melaksanakan ibadah harian khususnya solat. Tugasan mereka tidak mengizinkan mereka untuk melakukan pergerakan yang banyak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Sukri Haji Yahya,, Muhammad Nazir Alias,, Muhaidi Hj. Mustaffa Al-Hafiz,, Azlisham Abdul Aziz,, Mohamad Muntaha Hj Saleh,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22292/1/2-Mohd-Sukri-et-al.-2023%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22292/
http://www.ukm.my/jcil
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Anggota sniper yang merupakan penembak tepat untuk mencederakan atau membunuh musuh serta memusnahkan sesuatu sasaran. Maka sudah pasti mereka sentiasa berdepan dengan kesulitan melaksanakan ibadah harian khususnya solat. Tugasan mereka tidak mengizinkan mereka untuk melakukan pergerakan yang banyak dan jelas bagi mengelakkan kedudukan mereka diketahui oleh pihak musuh. Namun begitu, sebagai seorang Muslim, anggota sniper masih diwajibkan untuk melaksanakan ibadah seperti orang mukallaf yang lain. Justeru kajian ini dilakukan bagi tujuan menganalisis bentuk mashaqqah (kesulitan) anggota sniper serta kaedah pelaksanaan ibadah bersuci (ṭahārah) dan solat berasaskan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh syarak. Metode kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan analisis tematik dengan menganalisis secara induktif nas-nas syarak dan huraian para sarjana berkaitan dengan kaedah mashaqqah dan maqasid syariah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat cara khusus pelaksanaan ibadah berasaskan kepada rukhsah ketika menghadapi situasi sukar (mashaqqah) yang sesuai dilakukan oleh anggota sniper Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam bab bersuci dan juga solat.