Kajian literatur faktor-faktor kebolehpasaran pelajar lulusan aliran tahfiz

Pendidikan aliran tahfiz telah menjadi tumpuan masyarakat masakini dan terdapat banyak institusi pendidikan aliran tahfiz telah diwujudkan. Justeru itu kebolehpasaran lulusan aliran tahfiz merupakan satu indikator utama dikalangan lepasan tahfiz pada masa akan datang. Namun begitu, wujud beberapa is...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd. Khalim Kasmuri,, Mohd Faizulamri Mohd Saad,, Mohd Nazir Kadir,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22088/1/al%20turath%208.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22088/
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/issue/view/19
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan aliran tahfiz telah menjadi tumpuan masyarakat masakini dan terdapat banyak institusi pendidikan aliran tahfiz telah diwujudkan. Justeru itu kebolehpasaran lulusan aliran tahfiz merupakan satu indikator utama dikalangan lepasan tahfiz pada masa akan datang. Namun begitu, wujud beberapa isu yang sering dipolemikkan berkaitan melanjutkan pengajian dan peluang kerjaya. Satu kajian literatur telah dijalankan bertujuan mengenalpasti faktor- faktor utama yang dibincangkan oleh para pengkaji berkaitan sistem pendidikan tahfiz dalam menjamin kebolehpasaran pelajar lulusan aliran tahfiz. Melalui kajian ini, ia dapat memberikan implikasi lebih terperinci serta terfokus kepada aspek-aspek utama yang perlu dibincang dan dikaji. Kajian ini menggunakan metod kualitatif sepenuhnya dengan menumpukan kepada hasil-hasil kajian yang lepas. Hasil dari beberapa kajian literatur mendapati bahawa dalam menjamin kebolehpasaran pelajar aliran tahfiz, setiap institusi pendidikan tahfiz seharusnya memenuhi berbagai keperluan samada dari segi pengurusan pentadbiran, sistem Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang seragam, kemahiran penggunaan teknologi, sokongan ibu bapa pelajar dan masyarakat serta mewujudkan satu badan khas bagi mengawal selia pendidikan tahfiz. Di akhir kajian dicadangkan kepada pihak berwajib dan pihak institusi pendidikan tahfiz agar dapat memenuhi perkara-perkara tesebut demi menjamin peluang kebolehpasaran pelajar-pelajar lulusan aliran tahfiz