Ketidaksamaan di Malaysia: adakah dasar ekonomi berasaskan-etnik relevan?

Kajian ini cuba menjawab persoalan adakah polisi berasaskan etnik yang diperkenalkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berkesan dalam mencapai objektif dan adakah ianya masih relevan. Kajian ini mengadaptasi metodologi Hirschman (1983) menggunakan data banci tahun 2010. Dapatan kajian mencadangkan bahaw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roza Hazli Zakaria,, NurulHuda Mohd Satar,, Nur Annizah Ishak,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22003/1/JeM_6.pdf
http://journalarticle.ukm.my/22003/
https://www.ukm.my/jem/view-articles/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini cuba menjawab persoalan adakah polisi berasaskan etnik yang diperkenalkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berkesan dalam mencapai objektif dan adakah ianya masih relevan. Kajian ini mengadaptasi metodologi Hirschman (1983) menggunakan data banci tahun 2010. Dapatan kajian mencadangkan bahawa DEB telah berjaya menghapuskan kesan etnik sebagai faktor yang membezakan peluang menyertai sektor pekerjaan kolar putih. DEB juga telah mengurangkan peranan etnik dalam menentukan peluang penyertaan sektor perkilangan dan perniagaan. Namun begitu, etnik masih merupakan faktor yang membezakan peluang untuk menjadi majikan dan bekerja di sektor swasta. Selain itu, perkembangan ekonomi mewujudkan peluang yang lebih besar kepada etnik Cina untuk menyertai sektor perniagaan dan menjadi majikan tetapi peluang untuk etnik Melayu berkurangan. Keputusan ini mencadangkan etnik Cina masih mempunyai kelebihan dalam mendapatkan faedah daripada perkembangan ekonomi. Walaupun keseluruhannya, dasar ekonomi berasaskan etnik telah mengurangkan peranan etnik dalam peluang menyertai sektor ekonomi terpilih tetapi perbezaan dalam peluang untuk menyertai sektor perniagaan kekal wujud. Ini mencadangkan polisi ekonomi berasaskan etnik masih relevan dalam masyarakat Malaysia kontemporari. Intervensi polisi masih diperlukan untuk meningkatkan peluang etnik Melayu menceburi bidang perniagaan dan memastikan perkembangan ekonomi mampu menjana peluang ini.