Perbandingan ragam kunjungan segmen pelancong pelajar, belia dan keluarga ke bandar diraja Kuala Kangsar berdasarkan royalscape diraja
Bandar Diraja kaya dengan sejarah warisan tersendiri. Destinasi bandar Diraja yang menerapkan nilai estetika dan sejarah lama telah menawarkan produk pelancongan kepada penggemar nilai bandar Diraja atau dikenali sebagai heritage tourist. Pelancongan di bandar Diraja di Malaysia dilihat kurang...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21992/1/Akademika_29.pdf http://journalarticle.ukm.my/21992/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bandar Diraja kaya dengan sejarah warisan tersendiri. Destinasi bandar Diraja yang menerapkan
nilai estetika dan sejarah lama telah menawarkan produk pelancongan kepada penggemar nilai
bandar Diraja atau dikenali sebagai heritage tourist. Pelancongan di bandar Diraja di Malaysia
dilihat kurang dipromosikan di media sosial, dan media elektronik. Malah, bandar-bandar Diraja
juga kurang ditonjolkan daripada aspek takrifan dan nilai warisan yang terdapat di bandar
tersebut. Konsep bandar Diraja yang unik, diwarisi dan mengetengahkan elemen Diraja kurang
didokumentasikan dan tidak direkodkan menyebabkan peranan bandar Diraja sebagai salah satu
tarikan pelancongan di Malaysia turut ketinggalan. Oleh itu, perbezaan dari segi ragam pelancong
juga tidak dapat dikenal pasti dan ditonjolkan sepanjang pelancong berkunjung ke destinasi
warisan terpilih. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan royalscape berdasarkan
segmen pelancong pelajar, belia dan keluarga dari segi ragam kunjungan ke Kuala Kangsar. Teknik
pensampelan rawak digunakan dengan edaran borang soal selidik kepada 500 responden yang
terdiri daripada pelancong pelajar, belia dan keluarga menggunakan analisis deskriptif dan
analisis inferensi Anova Satu Hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbandingan
dalam kunjungan segmen pelancong yang berkunjung ke bandar Diraja Kuala Kangsar. Ketujuh
tujuh royalscape dalam kajian ini dikunjungi oleh semua segmen pelancong, Seterusnya terdapat
perbezaan dalam ragam kunjungan oleh ketiga-tiga segmen pelancong. Kesimpulan, makalah ini
menunjukkan perbandingan ragam kunjungan oleh pelancong berdasarkan segmen. Kajian ini
mempunyai had terhad kepada melihat perbandingan berdasarkan segmen pelancong domestik
sahaja serta tidak menekankan ragam kunjungan pelancong antarabangsa. Walau
bagaimanapun, penemuan kajian ini memberi ruang kepada kajian lanjutan dengan melihat
ragam pelancong antarabangsa terhadap kunjungan ke bandar Diraja. |
---|