Rangka kerja daya tahan pelancongan berasaskan komuniti semasa pandemik/endemik Covid-19
Pandemik COVID-19 telah menjejaskan industri utama ekonomi global termasuk industri pelancongan. Kemerosotan ekonomi yang tidak dapat dibayangkan telah berlaku akibat kesan daripada wabak ini justeru banyak industri berasa optimistik untuk pulih secara perlahan. Suatu perkara yang mendapat perha...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21990/1/Akademika_27.pdf http://journalarticle.ukm.my/21990/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pandemik COVID-19 telah menjejaskan industri utama ekonomi global termasuk industri pelancongan.
Kemerosotan ekonomi yang tidak dapat dibayangkan telah berlaku akibat kesan daripada wabak ini justeru
banyak industri berasa optimistik untuk pulih secara perlahan. Suatu perkara yang mendapat perhatian
adalah, wabak ini telah menarik minat sarjana pelancongan dunia untuk mengkaji kesan pandemik ini
kepada industri pelancongan dan banyak kajian telah diterbitkan baru-baru ini. Namun begitu, kajian
tentang bagaimana beberapa aktiviti pelancongan tertentu dapat bertahan dan berdaya tahan semasa
COVID-19 masih belum dapat ditemui. Justeru, kajian ini menggunakan pendekatan konseptual untuk
meneroka isu berterusan mengenai kesan COVID-19 terhadap pelancongan dengan menekankan konteks
pelancongan berasaskan komuniti (CBT), iaitu topik yang kurang diberi perhatian dalam kajian literatur
yang lepas. Secara khususnya, kajian ini membincangkan bagaimana daya tahan boleh menjadi strategi
untuk mengatasi bencana alam yang tidak diingini dalam usaha CBT, sekali gus mencadangkan Rangka
Kerja Ketahanan Pelancongan Berasaskan Komuniti (community-based tourism resilience framework,
CTRF) untuk CBT. Kajian ini juga menawarkan strategi untuk meningkatkan sistem pengurusan dan
memerlukan kajian empirikal dengan menggunakan CTRF yang dicadangkan. |
---|