Analisis kefahaman instrumen amanah (trust) dalam pentadbiran harta pusaka di negeri Perlis

Amanah (trust) adalah salah satu instrumen perancangan harta pusaka yang merujuk kepada undangundang kontrak dan komersial yang berasaskan kepada Undang-Undang Inggeris terutama melibatkan prinsip ekuiti. Namun begitu, pelaksanaan amanah (trust) masih kurang dibahaskan secara terperinci. Ini kerana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Mu’izz Abdullah,, Nasrul Hisyam Nor Muhamad,, Abdul Bari Awang,, Mohamad Sabri Zakaria,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21966/1/Akademika%2011.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21966/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amanah (trust) adalah salah satu instrumen perancangan harta pusaka yang merujuk kepada undangundang kontrak dan komersial yang berasaskan kepada Undang-Undang Inggeris terutama melibatkan prinsip ekuiti. Namun begitu, pelaksanaan amanah (trust) masih kurang dibahaskan secara terperinci. Ini kerana masyarakat lebih mengenali instrumen perancangan harta pusaka sedia ada dalam Islam seperti faraid, hibah, wasiat, wakaf, dan takaful. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman masyarakat mengenai amanah (trust) sebagai salah satu instrumen dalam pentadbiran harta pusaka. Bagi mencapai objektif ini, kajian berbentuk kualitatif dijalankan dengan menganalisis artikel, dokumen perundangan dan kajian kes mahkamah. Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai Public Trustee di Malaysia dipilih untuk melihat sejauh manakah mekanisme amanah (trust) dilaksanakan. Temu bual bersama beberapa orang pegawai di ARB dan juga wakil Majlis Pengawasan Syariah Amanah Raya Berhad (MPS ARB) telah dijalankan untuk melihat mekanisme pelaksanaan dan sudut pandang syariah. Di samping itu, kajian lapangan turut dilaksanakan dengan mengedarkan borang kaji selidik secara atas talian yang melibatkan 150 orang responden yang beragama Islam di negeri Perlis. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap kefahaman yang sederhana mengenai hukum-hakam amanah (trust) daripada perspektif syariah dengan nilai min 3.66 (s. p=.47). Manakala dari sudut kefahaman konsep pelaksanaan instrumen amanah (trust) menunjukkan responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dengan nilai min adalah 3.89 (s. p=.51). Kesimpulannya, amanah (trust) berupaya menjadi alternatif kepada masyarakat muslim dalam perancangan harta untuk kepentingan waris yang akan ditinggalkan.