Isu tanah dan hutang dalam kalangan orang Melayu Kedah berdasarkan Surat Undang-Undang, 1882-1909
Kajian ini membincangkan isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang Melayu Kedah berdasarkan koleksi tempatan iaitu Surat Undang-Undang (SUU). Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai sejauh mana isu tanah dan hutang membelenggu kehidupan orang Melayu Kedah sekitar tahun 18...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21958/1/Akademika%209.pdf http://journalarticle.ukm.my/21958/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini membincangkan isu tanah dan permasalahan hutang dalam kalangan orang Melayu
Kedah berdasarkan koleksi tempatan iaitu Surat Undang-Undang (SUU). Tujuan kajian ini
dilakukan adalah untuk menilai sejauh mana isu tanah dan hutang membelenggu kehidupan
orang Melayu Kedah sekitar tahun 1882 hingga 1909. Masalah hutang dan kehilangan tanah
yang dihadapi oleh orang-orang Melayu menyebabkan mereka hidup dalam kesusahan.
Perubahan dalam pentadbiran, perundangan dan pemilikan tanah telah mengubah persepsi
orang-orang Melayu terhadap kepentingan tanah. Tanah bukan sahaja dilihat sebagai tempat
bercucuk tanam dan mencari rezeki tetapi tanah juga berfungsi sebagai modal dan pelaburan
jangka panjang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis Surat
Undang-Undang yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Perlis/Kedah di
samping sumber primer dan sumber sekunder lain. Walaupun pejabat tanah yang wujud di
Kedah pada tahun 1882 menunjukkan bahawa pentadbiran tanah Kedah mengalami kemajuan
dan pemodenan tetapi hasil kajian menunjukkan bahawa masalah hutang dan isu kehilangan
tanah dalam kalangan orang Melayu adalah amat serius. Isu hutang dan masalah kehilangan
tanah bukan sahaja melibatkan golongan petani yang miskin tetapi turut membabitkan
golongan atasan dan para pegawai kerajaan negeri. Hal ini turut berkait rapat dengan
perubahan dalam polisi pentadbiran tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan Kedah.
Pentadbiran tanah yang bersifat tradisional tidak lagi diamalkan sebaliknya kerajaan Kedah
memperkenalkan sistem pemilikan tanah yang beracuan Barat. Sehubungan itu, orang-orang
Melayu, terutamanya golongan petani berhadapan dengan pelbagai isu berkaitan tanah
seperti proses mendapatkan tanah, masalah pemilikan tanah, cukai dan sewa tanah yang
menyukarkan kehidupan mereka. Meskipun terdapat usaha-usaha daripada kerajaan Kedah
bagi menambahbaik perundangan tanah, namun usaha tersebut masih tidak menguntungkan
orang Melayu kelas bawahan. Penstrukturan dan penguatkuasaan hal ehwal tanah yang tidak
teliti ini telah menyebabkan kehidupan orang Melayu semakin terhimpit dan dibelenggu pula
dengan masalah hutang. |
---|