Kedinamikan Bahasa Melayu di ambang perkembangan media dalam talian dari perspektif perubahan makna
Bahasa masyarakat dunia kini sedang mengalami perubahan drastik hasil daripada kemajuan komunikasi berasaskan pengkomputeran. Antara contoh medium komunikasi baharu berkaitan teknologi internet adalah media-media sosial dalam talian seperti facebook, instagram, twitter, blog dan sebagainya. Medi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21957/1/Akademika%208.pdf http://journalarticle.ukm.my/21957/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1583 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bahasa masyarakat dunia kini sedang mengalami perubahan drastik hasil daripada kemajuan komunikasi
berasaskan pengkomputeran. Antara contoh medium komunikasi baharu berkaitan teknologi internet adalah
media-media sosial dalam talian seperti facebook, instagram, twitter, blog dan sebagainya. Media-media sosial ini
telahpun menjadi medium interaksi utama masyarakat moden. Kajian ini tertumpu pada menganalisis kata-kata
Melayu yang dikesan mengalami peluasan makna di laman Facebook. Makalah ini memilih tiga contoh kata
sebagai sampel perbincangan, iaitu kafir, kunyit dan sibuk. Ketiga-tiga kata ini dipilih berdasarkan kaedah
pensampelan bertujuan dan trend penggunaannya telah disahkan dengan menggunakan Google Trends. Kerangka
teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994) dijadikan panduan untuk mengenalpasti motif-motif seseorang pengguna
media sosial memilih sesuatu kata sehingga tercetusnya makna-makna yang baharu. Hasil kajian mendapati
bahawa ketiga-tiga contoh kata Melayu ini mempunyai trend penggunaan yang tinggi di Facebook dan telah
mengalami peluasan makna yang menyimpang dari makna asalnya, iaitu kafir > “orang yang tidak Islamik”, kunyit
> “golongan gay”, dan sibuk > “tak habis-habis”. Ketiga-tiga kata ini juga didapati mengalami peluasan makna
pada kadar yang drastik, iaitu berubah dalam masa yang singkat selepas menjadi tular melalui perkongsian
maklumat dalam kalangan pengguna media sosial, dan seolah-olahnya terdapat tangan ghaib yang mendorong
makna-makna baharu ini terbentuk serta diakui sejagat dalam kalangan pengguna media sosial. Kajian ini
menyumbang kepada bidang perkamusan Melayu, terutamanya dari segi meningkat kesedaran bahawa peluasan
dan perubahan makna kata Melayu berlaku secara drastik susulan daripada perkembangan teknologi media sosial
dan sedang memberi cabaran kepada perkamusan Melayu konvensional |
---|