Penyayang dan berwawasan ciri kepimpinan pemerintahan dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor era kontemporari

Pada era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, syair adalah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana. Corak kepengarangan pada era ini ialah pujian dan penceritaan berhubung sultan dalam zamannya. Setelah kehadiran kuasa Barat yang membawa bersama-sama corak kepengarangan yang pelba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosnani Ibrahim,, Muammar Ghaddafi Hanafiah,, Shaiful Bahri Md. Radzi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21838/1/62891%20210222%201%20PB%20Penyayang%20dan%20Berwawasan.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21838/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada era abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, syair adalah satu daripada wadah pengkaryaan penulis-penulis istana. Corak kepengarangan pada era ini ialah pujian dan penceritaan berhubung sultan dalam zamannya. Setelah kehadiran kuasa Barat yang membawa bersama-sama corak kepengarangan yang pelbagai bentuk dan genre, golongan raja tidak lagi menjadi idea dalam penulisan. Syair tidak lagi menjadi pilihan sebagai wadah pengkaryaan. Corak kepengarangan sedemikian mula melemah apabila berkembangnya sastera moden. Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953) rakaman terakhir sejarah golongan Diraja. Walau bagaimanapun, pada era kontemporari ini muncul dua karya sedemikian, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009) karya Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom. Kedua-dua teks syair DiRaja ini dijadikan sampel kajian. Hasil penekunan menemukan kedua-dua penulis menjadikan raja sebagai subjek penulisan. Kaedah kaji banding diapliksi dalam usaha untuk meneliti kepengarangan kedua-dua penulis dalam mempersembah idea rakaman sejarah DiRaja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan terdapat persamaan kepengarangan dengan memaparkan ciri kepimpinan pemerintahan yang penyayang dan berwawasan dimiliki oleh sultan bagi negeri masing-masing. Hasil kajian ini membuktikan bahawa syair diraja masih kekal relevan dalam mengangkat dan mengagungkan seseorang raja walaupun dalam era moden. Kedudukan pengarang moden yang berada di luar lingkungan istana tidak menghalang mereka menghasilkan syair diraja ini.