Penggunaan teknologi digital dalam kalangan usahawan luar bandar dalam era pandemik Covid-19
Semasa pandemik Covid-19, teknologi digital menjadi antara medium terpenting untuk memacu semula perniagaan yang merosot. Bagi usahawan luar bandar, isu ini amat signifikan kerana teknologi digital berpotensi menghubungkan perniagaan dengan pasaran yang lebih besar di kawasan bandar. Kajian ini bert...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21736/1/pengurusan_67-12.pdf http://journalarticle.ukm.my/21736/ https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1590 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Semasa pandemik Covid-19, teknologi digital menjadi antara medium terpenting untuk memacu semula perniagaan yang merosot. Bagi usahawan luar bandar, isu ini amat signifikan kerana teknologi digital berpotensi menghubungkan perniagaan dengan pasaran yang lebih besar di kawasan bandar. Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan penggunaan teknologi digital dalam kalangan usahawan luar bandar di Malaysia. Menggunakan kaedah kualitatif, data dikumpul melalui temubual bersama 30 orang dari lima sektor perniagaan. Transkrip temubual kemudiannya dianalisa menggunakan kaedah analisis tematik untuk
menghubungkaitkan teori dan dapatan kajian. Bagi kajian ini, teori yang digunakan terhasil daripada integrasi antara model TAM dan TOE. Seterusnya, tema kajian dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti bagi melalui proses
penjaringan. Hasil analisis kajian memperlihatkan bahawa jenis perniagaan menjadi penentu kepada penggunaan
teknologi digital manakala faktor umur pula menentukan kadar penggunaannya sama ada rendah mahupun sebaliknya. Penemuan ini dijangka membantu usahawan luar bandar untuk memanfaatkan penggunaan teknologi digital bagi meningkatkan keuntungan perniagaan dan menggunakannya untuk bersaing dalam persekitaran ekonomi digital selain membantu agensi kerajaan dalam menyediakan bantuan berbentuk latihan dan infrastuktur yang bersesuaian dengan keperluan usahawan. |
---|