Corak perbelanjaan dan pemilikan aset dalam kalangan penjawat awam
Pemilikan aset dapat memberi pelbagai manfaat kepada pemilik dan melambangkan pencapaian diri seseorang serta seisi rumah. Walau bagaimanapun, pemilikan aset sinonim dengan penambahan peningkatan hutang seisi rumah khususnya dalam kalangan penjawat awam sekiranya corak perbelanjaan tidak diuruskan d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21631/1/CORAKP~1.PDF http://journalarticle.ukm.my/21631/ https://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/1582 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemilikan aset dapat memberi pelbagai manfaat kepada pemilik dan melambangkan pencapaian diri seseorang serta seisi rumah. Walau bagaimanapun, pemilikan aset sinonim dengan penambahan peningkatan hutang seisi rumah khususnya dalam kalangan penjawat awam sekiranya corak perbelanjaan tidak diuruskan dengan sistematik. Maka, matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis pemilikan aset dalam kalangan penjawat awam dan mengkaji elemen kewangan iaitu pengetahuan kewangan, sikap kewangan dan sumber kewangan dalam perbelanjaan terhadap aset-aset yang dimiliki. Seterusnya, mengkaji corak perbelanjaan penjawat awam dalam memiliki aset sama ada untuk memenuhi keperluan fisiologi dan sosiologi atau kemahuan dan kehendak. Elemen kewangan dan corak perbelanjaan dalam pemilikan aset diukur untuk melihat dengan lebih jelas hubungan di antara kedua-dua pembolehubah ini. Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 396 orang responden yang terdiri daripada penjawat awam di Putrajaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa penjawat awam mengutamakan keperluan asas sebelum memenuhi keperluan yang lain sekaligus menepati Teori Hierarki Keperluan Manusia Maslow (1943) yang menafsirkan keperluan asas manusia perlu dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Secara keseluruhan, melalui ujian korelasi yang dijalankan, elemen kewangan mempunyai hubungan yang signifikan dengan corak perbelanjaan dalam memiliki aset seisi rumah. Implikasi kajian ini dapat menjelaskan corak perbelanjaan dalam pemilikan aset seisi rumah dalam kalangan penjawat awam khususnya dalam pengurusan ekonomi keluarga. |
---|