Penerokaan pengalaman mangsa sindir badan dalam kalangan remaja di Selangor

Sindir badan merupakan suatu isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat. Sindir badan boleh menyebabkan pelbagai kesan terhadap kesejahteraan mental dan psikologi kepada seseorang. Mangsa sindir badan berisiko menghadapi kemurungan, kehilangan daya tahan, kekurangan keyakinan diri, isolasi, kec...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Neevia Johnson,, Norulhuda Sarnon @ Kusenin,, Nurul Husna Mansor,, Khairul Hamimah Mohammad Jodi,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21518/1/Penerokaan%20Pengalaman%20Mangsa%20Sindir%20Badan%20dalam%20Kalangan%20Remaja%20di%20Selangor.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21518/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sindir badan merupakan suatu isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat. Sindir badan boleh menyebabkan pelbagai kesan terhadap kesejahteraan mental dan psikologi kepada seseorang. Mangsa sindir badan berisiko menghadapi kemurungan, kehilangan daya tahan, kekurangan keyakinan diri, isolasi, kecelaruan makanan serta meningkatkan risiko bunuh diri khususnya dalam kalangan remaja. Makalah ini bertujuan untuk meneroka pengalaman mangsa sindir badan dalam kalangan remaja di Selangor. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam semi-struktur. Seramai enam orang informan yang terdiri daripada mangsa sindir badan telah dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan dan teknik bola salji. Analisis tematik terhadap verbatim temu bual informan membentuk dua tema pengalaman iaitu: 1. Penerimaan diri yang pelbagai; penerimaan diri yang negatif dan ketidaksempurnaan yang sempurna; dan 2. Timbal-balik dalam perhubungan; orang yang signifikan tidak menghormati dirinya dan dua sisi perhubungan di media sosial. Kajian ini mencadangkan setiap individu perlu peka terhadap kesan sindir badan dan pihak-pihak yang berkaitan mesti meningkatkan kesedaran dan memberikan sokongan secara holistik dalam membantu meningkatkan kesejahteraan hidup remaja dengan menyediakan intervensi yang sesuai bagi mengatasi isu sindir badan dan masalah imej badan yang berkaitan.