Faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat remaja generasi Z di Malaysia

Gaya hidup sihat menyumbang kepada kesihatan dan kualiti hidup remaja. Remaja merupakan fasa kemuncak kekuatan fizikal manusia. Hal ini mengakibatkan sebahagian remaja tidak peka terhadap kesihatan diri mereka terutamanya dalam aspek gaya hidup sihat. Sehubungan itu, kajian dilaksanakan menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamiah Manap,, Nor Jana Saim,, Arena Che Kasim,, Norul Huda Sarnon,, Noordeyana Tambi,, Aizan Sofia Amin,, Salasiah Hanin Hamjah,, Salina Nen,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21513/1/Faktor%20yang%20Mempengaruhi%20Gaya%20Hidup%20Sihat%20Remaja%20Generasi%20Z%20di%20Malaysia.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21513/
https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya hidup sihat menyumbang kepada kesihatan dan kualiti hidup remaja. Remaja merupakan fasa kemuncak kekuatan fizikal manusia. Hal ini mengakibatkan sebahagian remaja tidak peka terhadap kesihatan diri mereka terutamanya dalam aspek gaya hidup sihat. Sehubungan itu, kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian kuantitatif untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja Generasi Z di Malaysia. Responden terdiri daripada 960 orang remaja yang berusia di antara 13-21 tahun. Analisis korelasi dan regrasi pelbagai digunakan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya hidup sihat dengan faktor demografi, literasi kesihatan dan kekerapan menggunakan media. Kajian mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup sihat remaja Generasi Z dengan umur bapa, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, tahap literasi kesihatan, kekerapan membaca akhbar, kekerapan pembacaan buku ilmiah dan penggunaan internet. Dalam pada itu, terdapat dua faktor utama yang menyumbang secara positif terhadap gaya hidup sihat remaja iaitu literasi kesihatan dan tahap pendidikan bapa. Sehubungan itu, kempen literasi kesihatan dan promosi gaya sihat melalui pelbagai program dan media sewajarnya dipergiatkan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja. Kajan ini memberi implikasi terhadap situasi amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja bagi pembentukan program kesihatan komuniti.