Kesan penggunaan unjuran melintang kepada pencahayaan siang bilik kuliah di bangunan pentadbiran, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK Pencahayaan siang merupakan faktor penting bagi bilik kuliah dalam memberi keselesaan terutamanya dari aspek penglihatan. Selain itu, ia turut mengurangkan beban penggunaan elektrik dengan mengurangkan kebergantungan terhadap pencahayaan buatan. Namun begitu, tingkap yang menggunakan kaca t...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21308/1/JKsi_10.pdf http://journalarticle.ukm.my/21308/ https://www.ukm.my/jkukm/si-5-1-2022/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | ABSTRAK
Pencahayaan siang merupakan faktor penting bagi bilik kuliah dalam memberi keselesaan terutamanya dari aspek penglihatan. Selain itu, ia turut mengurangkan beban penggunaan elektrik dengan mengurangkan kebergantungan terhadap pencahayaan buatan. Namun begitu, tingkap yang menggunakan kaca telus cahaya kebanyakannya menerima sinaran matahari ke ruang dalaman dan menyebabkan silau dan ketidakselesaan kepada kualiti visual. Maka, kaedah-kaedah dalam mengawal kemasukan sinaran adalah penting untuk mengatasi masalah tersebut. Antara kaedah yang digunakan adalah melalui aplikasi unjuran tingkap dari jenis menegak, melintang dan petak. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan kepada penggunaan unjuran dari jenis melintang sahaja. Kajian ini akan menganalisa kualiti pencahayaan di bilik kuliah sedia ada dan mengkaji kesan unjuran kepada kualiti pencahayaan di bilik kuliah. Bilik kuliah yang dikenali sebagai Bilik Seminar di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), dijadikan sebagai kajian kes dalam kajian ini. Lazimnya, bilik tersebut digunakan untuk penyampaian kuliah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk pengumpulan data adalah melalui pengukuran secara lapangan dan secara simulasi menggunakan perisian Sefaira. Pengesahsahihan perisian simulasi juga dijalankan dengan membandingkan pengukuran lapangan dan data dari simulasi. Kajian mendapati penggunaan unjuran tingkap melintang tunggal adalah kurang efektif bagi bilik kuliah di Bangunan Pentadbiran FKAB. Dengan mengkaji nisbah unjuran melintang yang paling efektif, ianya dapat menyumbang kepada reka bentuk bangunan yang lebih lestari dengan dapatan cahaya siang yang lebih baik terutamanya untuk pembelajaran dan pengajaran. |
---|