Penggunaan aplikasi Whatsapp dan keperluan sosial anggota komuniti kejiranan di Taman Wawasan, Malaysia
Penggunaan media sosial oleh komuniti kejiranan dapat membantu membina dan mengeratkan hubungan sosial walaupun kehidupan seharian yang sibuk menyukarkan komuniti kejiranan melakukan aktiviti sosial dan bergaul secara fizikal antara satu sama lain. Interaksi sosial yang berasaskan hubungan sosial pe...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21083/1/Penggunaan%20Aplikasi%20Whatsapp%20Dan%20Keperluan%20Sosial%20Anggota%20Komuniti%20Kejiranan%20Di%20Taman%20Wawasan%2C%20Malaysia.pdf http://journalarticle.ukm.my/21083/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan media sosial oleh komuniti kejiranan dapat membantu membina dan mengeratkan hubungan sosial walaupun kehidupan seharian yang sibuk menyukarkan komuniti kejiranan melakukan aktiviti sosial dan bergaul secara fizikal antara satu sama lain. Interaksi sosial yang berasaskan hubungan sosial penting untuk memenuhi keperluan sosial bagi kehidupan yang lebih bermakna. Kajian ini mengkaji hubungan sosial dalam kalangan anggota sebuah komuniti kejiranan yang digelar Taman Wawasan di Malaysia. Komuniti telah menggunakan sejenis media sosial iaitu Whatsapp sebagai asas hubungan sosial dan juga sebagai perantara dalam interaksi seharian mereka. Seramai 100 orang anggota kumpulan Whatsapp yang diberi nama Mslmh telah menjadi populasi kajian. Dari jumlah itu, seramai 13 orang telah dipilih sebagai sampel untuk ditemubual secara mendalam. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kaedah menganalisis data pula yang digunakan adalah analisis dokumen, analisis kandungan, pemerhatian ikut serta dan temubual secara mendalam. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya, terdapat beberapa corak penggunaan Whatsapp dan aktiviti Whatsapp yang sering berlaku dalam kalangan anggota-anggota kumpulan Whatsapp Mslmh. Corak penggunaan dan aktiviti Whatsapp ini menunjukkan kewujudan proses sosial dalam memenuhi keperluan sosial anggota-anggota seperti keperluan membentuk hubungan sosial, saling berkongsi maklumat, membantu dalam mempermudahkan urusan harian, untuk hiburan dan motivasi dan untuk mengukuhkan kebolehpercayaan dalam kalangan jiran tetangga. Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada sektor kerajaan dan bukan kerajaan khususnya persatuan-persatuan penduduk perumahan seperti Rukun Tetangga dan Pertubuhan-Pertubuhan Persatuan Penduduk dalam menyokong pembangunan sosial kejiranan. |
---|