Perkembangan larva Tramea transmarina euryale Selys, 1878 (Insecta: Odonata)

Kajian ini bertujuan untuk merekodkan perkembangan larva spesies Tramea transmarina euryale Selys, 1878. Telur T. transmarina euryale dieram di makmal hingga kemunculan larva. Telur dikutip daripada individu betina yang sedang bertelur di sebuah kolam di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Choong, C.Y.
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21043/1/Js_5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/21043/
https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553/showToc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk merekodkan perkembangan larva spesies Tramea transmarina euryale Selys, 1878. Telur T. transmarina euryale dieram di makmal hingga kemunculan larva. Telur dikutip daripada individu betina yang sedang bertelur di sebuah kolam di Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Bangi, Selangor, Malaysia. Telur yang segar kelihatan berwarna kuning dengan purata panjang 0.46±0.01 mm dan purata lebar 0.37±0.01 mm. Tempoh pengeraman telur memerlukan sekurang-kurangnya tujuh hari. Perkembangan larva T. transmarina euryale mengandungi 12–14 stadia. Sarung sayap asas mula muncul pada peringkat instar ke-7. Larva berubah menjadi warna kuning kehijauan pada beberapa peringkat instar terakhir. Secara keseluruhannya, perkembangan larva mengambil masa 50–62 hari untuk dilengkapkan. Tempoh perkembangan larva spesies T. transmarina euryale adalah pendek jika dibandingkan dengan spesies Libellulidae yang lain. Maklumat perkembangan larva hingga ke peringkat dewasa T. transmarina euryale ini adalah penting bagi tujuan pembiakan dan pemuliharaannya serta potensinya untuk diaplikasi sebagai agen kawalan biologi. Kata kunci: Instar, larva, Libellulidae, pepatung, stadia, telur.