Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah al-Quran Program Pendidikan Khas Integrasi (masalah pendengaran)
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran bidang tilawah al-Quran kepada murid-murid Pendidikan Khas bermasalah pendengaran (Program Pendidikan Khas Integrasi) sekolah rendah dari aspek amalan pengajaran guru termasuk peng...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20906/1/JIAE-Vol-92-2017-1-11.pdf http://journalarticle.ukm.my/20906/ http://jiae.pimm.my/2017/12/17/volume-9-issue-2-2017/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam pengajaran
dan pembelajaran bidang tilawah al-Quran kepada murid-murid Pendidikan Khas bermasalah
pendengaran (Program Pendidikan Khas Integrasi) sekolah rendah dari aspek amalan pengajaran
guru termasuk penggunaan kurikulum kebangsaan. Seramai dua orang guru dari dua buah
Sekolah Kebangsaan yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (masalah pendengaran)
telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Bagi memperolehi data, pengkaji menggunakan pendekatan
kajian kualitatif.Pengkaji menggunakan tiga kaedah bagi memperolehi data, antara kaedah yang
digunakan ialah kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis data. Kesahan data dilakukan pengesahan
pakar, bertaklimat dan pengesahan peserta kajian. Dapatan menunjukkan peserta kajian merancang
pengajaran menggunakan sukatan pelajaran Pendidikan Islam Kebangsaan, akan tetapi terdapat
pengubahsuian dalam pengolahan isi pengajaran masing-masing. Selain itu juga pengkaji mendapati
bahawa peserta kajian menghadapi masalah berkaitan dengan keperluan murid bermasalah pendengaran
dari sudut pedagogi, kemahiran dan komunikasi. Secara keseluruhannya peserta kajian menunjukkan
kesungguhan dan minat yang mendalam untuk mendidik murid-murid bermasalah pendengaran.
Diharap kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru-guru Pendidikan Islam bagi meningkatkan
prestasi pengajaran dan pembelajaran kepada murid bermasalah pendengaran dalam bidang tilawah
al-Quran khususnya. |
---|