Dari Perak ke Putrajaya : pengaruh institusi beraja dalam politik Malaysia kontemporari

Sebelum kehadiran kolonial, Malaysia menggunakan sistem monarki mutlak. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengehadkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurdeana Fatihah Abdul Najib,, Muhamad Nadzri Mohamed Noor,
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20891/1/501-Article%20Text-740-1-10-20221125.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20891/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/28
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebelum kehadiran kolonial, Malaysia menggunakan sistem monarki mutlak. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pemerintahan Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengehadkan kuasa institusi pemerintahan beraja itu dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Ia bermaksud bahawa Raja harus bertindak mengikut peruntukan perlembagaan yang telah ditetapkan sekaligus menutup ruang kepada kebebasan memerintah secara berkuasa mutlak dalam sistem pentadbiran negara. Namun, masih lagi terdapat campur tangan institusi beraja yang melangkaui peruntukan dalam perlembagaan politik kontemporari di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatatif untuk mengumpul data. Data yang berasaskan perpustakaan telah dianalisa untuk mendapatkan hasil bagi kajian ini. Hasil dapatan penyelidikan ini berharap dapat menerangkan kepada masyarakat terhadap peranan institusi beraja di bawah Perlembagaan Persekutuan.