Wanita bekerja dan kahwin lewat : satu kajian di Kuantan, Pahang
Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kahwin lewat dalam kalangan wanita berkerja di Kuantan, Pahang dan cabaran yang dihadapi oleh golongan ini akibat kelewatan berkahwin. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang wanita yang berumur 30 tahun ke atas, be...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20836/1/29287-89862-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20836/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kahwin lewat
dalam kalangan wanita berkerja di Kuantan, Pahang dan cabaran yang dihadapi oleh golongan
ini akibat kelewatan berkahwin. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang wanita yang
berumur 30 tahun ke atas, bekerja dan belum pernah berkahwin. Sampel dipilih menggunakan
kaedah persampelan bola salji. Temu bual berstruktur digunakan untuk mendapatkan
maklumat daripada wanita yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa kesukaran yang
dihadapi oleh wanita yang bekerja untuk menemui jodoh yang sesuai, hasrat untuk
merealisasikan impian keluarga, komitmen kerjaya, sikap kurang yakin terhadap perkahwinan
dan pengalaman putus cinta sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada kahwin
lewat. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa pandangan serong dan penghinaan yang
diterima daripada rakan sekerja dan jiran tetangga merupakan cabaran paling besar dihadapi
oleh wanita berkerja akibat kahwin lewat. |
---|