Institusi pengajian tinggi dalam pembangunan ekonomi pengalaman di Semenanjung Malaysia
Pembangunan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu strategi untuk mencetuskan pembangunan sesebuah bandar di kebanyakan negara sedang membangun. Dalam konteks pembangunan bandar masa kini, institusi pengajian tinggi juga mampu memperkembang dan mengikut rentak tuntutan ekonomi pengala...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20833/1/29283-89854-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20833/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1142 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembangunan institusi pengajian tinggi merupakan salah satu strategi untuk mencetuskan
pembangunan sesebuah bandar di kebanyakan negara sedang membangun. Dalam konteks
pembangunan bandar masa kini, institusi pengajian tinggi juga mampu memperkembang dan
mengikut rentak tuntutan ekonomi pengalaman. Melalui kerangka ekonomi pengalaman,
penubuhan institusi pengajian tinggi ini dapat merangsang dan menggalak pembangunan
bandar berteraskan 4E ekonomi pengalaman. Makalah ini bertujuan menilai impak
pembangunan institusi pengajian tinggi terhadap elemen-elemen ekonomi pengalaman dalam
pembangunan bandar pusat pengajian tinggi di sekitar semenanjung Malaysia. Empat elemen
ekonomi pengalaman digunakan sebagai kerangka dalam menilai pencapaian ekonomi
pengalaman bandar-bandar tersebut. Pembangunan yang berlaku kesan dari penubuhan institusi
pengajian tinggi dinilai dengan melihat status bandar yang dicapai serta fasiliti-fasiliti yang
terbina selepas penubuhan institusi-institusi ini. Fasiliti yang mencermin setiap pengalaman
iaitu pendidikan, hiburan, estetika dan escapist dilihat untuk menilai pencapaian ekonomi
pengalaman di setiap bandar pusat pengajian tinggi yang diteliti. Hasil kajian mendapati hampir
kesemua institusi pengajian tinggi yang dinilai berjaya mempengaruhi elemen pengalaman
pendidikan di bandar masing-masing. Selain itu, institusi pengajian tinggi jenis penyelidikan
berjaya membangunkan ekonomi pengalaman di bandar pusat pengajian tinggi sama ada
institusi tersebut ditubuhkan di kawasan bandar mahupun luar bandar. Kesimpulannya, kajian
ini menyumbang kepada peri pentingnya penubuhan institusi pengajian tinggi dalam
merangsang pembangunan ekonomi pengalaman dalam pembangunan bandar dan
menyumbang kepada korpus ilmu berhubung dengan keupayaan kerangka ekonomi
pengalaman membangunkan sesebuah bandar. |
---|