Pembelajaran teradun semasa pandemik : analisis tahap penerimaan pensyarah di Kolej Komuniti di Malaysia

Situasi pandemik COVID-19 telah mengubah pelaksanaan pendekatan pembelajaran kepada pembelajaran teradun. Pendekatan ini masih lagi pada fasa awal dan tahap penerimaan pensyarah di Kolej Komuniti di Malaysia masih lagi belum diketahui. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti ta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suganti Ealangov,, Khairul Azhar Jamaludin,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20803/1/59095-196265-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/20803/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Situasi pandemik COVID-19 telah mengubah pelaksanaan pendekatan pembelajaran kepada pembelajaran teradun. Pendekatan ini masih lagi pada fasa awal dan tahap penerimaan pensyarah di Kolej Komuniti di Malaysia masih lagi belum diketahui. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan pensyarah terhadap pembelajaran teradun bagi kursus teknikal yang dilaksanakan dalam konteks Kolej Komuniti. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 38 pensyarah dikenal pasti melalui teknik persampelan bertujuan dan bola salji yang memenuhi dua kriteria pemilihan iaitu: i) pensyarah Kolej Komuniti peringkat sijil yang mengajar bidang teknikal dan ii) pernah atau sedang melaksanakan pembelajaran teradun. Analisis deskriptif dan inferensi dijalankan menggunakan perisian SPSS Statistics for Windows Version 26.0 bagi menganalisis skor min pemboleh ubah kemudagunaan dan kebolehgunaan pembelajaran teradun serta sikap dan niat pensyarah terhadap penggunaan pembelajaran teradun. Manakala korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara sikap dengan niat penggunaan pembelajaran teradun. Hasil daripada analisis mendapati skor min bagi kemudahgunaan, kebolehgunaan, sikap dan niat adalah tinggi dalam kalangan responden manakala analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=0.84, p < 0.01) antara sikap dan niat penggunaan pembelajaran teradun dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pembelajaran teradun bagi kursus-kursus teknikal dalam kalangan pensyarah Kolej Komuniti adalah tinggi. Walaubagaimana pun, adalah penting bagi semua pihak memberi sokongan yang wajar untuk memastikan pendekatan pembelajaran ini dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lebih berkesan.