Analisis pengesahan faktor tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor
Peranan tingkahlaku kewargaan organisasi pada masa kini adalah sangat penting bagi memastikan organisasi dapat berkembang dengan baik dan cemerlang, terutamanya dalam kalangan guru sekolah. Sehubungan itu, kajian tinjauan telah dijalankan untuk menentukan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) bagi sk...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20783/1/31156-196325-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20783/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1466 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peranan tingkahlaku kewargaan organisasi pada masa kini adalah sangat penting bagi memastikan organisasi dapat
berkembang dengan baik dan cemerlang, terutamanya dalam kalangan guru sekolah. Sehubungan itu, kajian tinjauan
telah dijalankan untuk menentukan Analisis Pengesahan Faktor (CFA) bagi skala tingkahlaku kewargaan organisasi.
Kajian ini telah dijalankan ke atas seramai 361 orang guru sekolah di Selangor. Responden kajian dipilih dengan
menggunakan Teknik persampelan rawak berkelompok pelbagai peringkat. Tingkahlaku kewargaan organisasi di
dalam kajian ini terdiri daripada lima dimensi iaitu tingkahlaku menolong, kehematan, kesopanan, kemurnian sivik
dan semangat setiakawan. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan CFA di dalam perisian AMOS. Dapatan
menunjukkan CFA bagi tingkahlaku kewargaan organisasi tidak mencapai kesepadanan model yang baik. Oleh itu, model
CFA spesifikasi semula bagi tingkahlaku kewargaan organisasi dilaksanakan. Keputusan akhir menunjukkan model CFA
spesifikasi semula telah mencapai kesepadanan model yang baik dengan relatif chi-sq = 2.83, GFI = 0.91, CFI = 0.95,
TLI = 0.94 dan RMSEA = 0.07. Selain itu, kriteria model CFA turut dicapai dengan jumlah keseluruhan Purata Varian
Memusat (AVE) ialah 0.62, dan AVE bagi setiap dimensi tingkahlaku kewargaan organisasi adalah di antara 0.55 dan
0.73. Kebolehpercayaan konstruk (CR) telah dicapai dengan nilai 0.96, dan setiap dimensi menunjukkan CR di antara
0.79 dan 0.92. Kesimpulannya, skala tingkahlaku kewargaan organisasi adalah sesuai digunakan untuk mengukur
tingkahlaku kewargaan organisasi dalam kalangan guru sekolah di Selangor. Kajian akan datang dicadangkan untuk
menggunakan skala ini kepada pelbagai organisasi di Malaysia. |
---|