Mengukur kesejahteraan komuniti lokal : kajian kes hasil tangungjawab sosial korporat perlombongan dan kilang nikel di Indonesia
Sektor perlombongan dan kilang nikel di Sulawesi Tenggara Indonesia merupakan sumber alam yang dapat memberikan manfaat terhadap kesejahteraan komuniti atau community well-being (CWB). Tanggungjawab sosial korporat atau corporate social responsibility (CSR) daripada aktiviti perlombongan oleh s...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20716/1/26950-81469-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/20716/ https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1121 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sektor perlombongan dan kilang nikel di Sulawesi Tenggara Indonesia merupakan sumber alam
yang dapat memberikan manfaat terhadap kesejahteraan komuniti atau community well-being
(CWB). Tanggungjawab sosial korporat atau corporate social responsibility (CSR) daripada
aktiviti perlombongan oleh syarikat perlu memenuhi cabaran pihak yang berkepentingan dan
perubahan-perubahan pembangunan sosial, ekonomi dan persekitaran. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti dimensi kesejahteraan komuniti tempatan setelah mengaplikasikan program CSR.
Pemboleh ubah CWB yang diukur adalah sosial, pemerkasaan ekonomi dan persekitaran. Kajian
melibatkan 490 orang responden dalam komuniti tempatan, menggunakan borang soal selidik
dan data dianalisis menggunakan kaedah Statistical Package for the social science (SPSS.22).
Dapatan kajian mendapati bahawa secara umum amalan CSR yang telah dijalankan memberikan
manfaat atau menyokong dimensi kesejahteraan komuniti. Walau bagaimanapun, dimensi
pendidikan dan infrastruktur memiliki kesan kategori sederhana daripada amalan program CSR.
Implikasi kajian ini mencadangkan pihak syarikat dapat meningkatkan perhatian dan membuat
perencanaan tindakan ekonomi dan lingkungan bagi mendukung kesejahteraan komuniti secara
lestari. |
---|